Isnin, September 11, 2017

Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin hari ini melahirkan kekecewaannya terhadap bekas partinya yang ‘memulau’ beliau sempena ulang tahun pertama parti tu, meskipun dirinya merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan parti serpihan UMNO itu.

Kekecewaan itu diluahkan panjang lebar dalam tulisan di Facebook milik Anina setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’ dari politik tanah air setelah pemecatannya lewat tahun lepas.

Justeru, sebagai seorang pengasas parti yang terus dilupakan pada majlis ulang tahun bersejarah itu, Anina yakin bahawa parti tersebut hanya memberi tumpuan kepada kumpulan elit dalam parti, berbanding kumpulan lain yang turut memberi sumbangan dalam PPBM.

“Hari ini majlis ulangtahun pertama penubuhan PPBM. Baru umur setahun, satu-satunya ibu yang mengasaskan parti ini langsung tidak menerima sebarang jemputan ke majlis yang diadakan di Muar, Johor.

“Jika saya dilupakan, beritahu saya bagaimana mungkin saya percaya parti ini akan mengingati begitu ramai insan yang menggerakkan perjuangan ini sejak lebih dua tahun yang lalu.

Antara yang turut disuarakan Anina sempena ulang tahun pertama PPBM adalah tahap profesionalisme parti itu yang boleh dipertikaikan, terutama dalam insiden pemecatan beliau daripada jawatan Ketua Serikandi dan perlucutan keahlian.

Seterusnya, menunjukkan sikap profesional, cita-cita PPBM untuk mentadbir negara hanya tinggal sebagai cita-cita.

“Begitu ramai wanita hebat di seluruh Malaysia, tetapi saya satu-satunya wanita yang dipujuk rayu untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM. Begitu cepat dalam tempoh tiga bulan juga saya satu-satunya pemimpin parti yang tidak diperakui angkat sumpah jawatan.

“Hanya watikah angkat sumpah saya seorang dari lebih 30 orang itu yang diklasifikasikan sebagai tidak sah oleh pucuk pimpinan parti. Dalam erti kata lain, saya dipecat.

“Jika parti ini gagal bersikap professional dalam pentadbirannya, beritahu saya bagaimana mungkin saya yakin ianya mampu professional dalam mentadbir sebuah kerajaan.

Sementara itu, ekoran fitnah yang dilempar terhadapnya sebelum ini, Anina juga percaya bekas partinya itu, tidak mampu membela nasib rakyat negara ini sekiranya berjaya menjadi kerajaan kelak.
Categories:

1 ulasan:

  1. Itulah yang dinamakan politik jangan kan kerajaan memerintah malah mana-mana parti pembangkang pun sama sahaja malahan semakin teruk dan bercelaru...sebab itu jangan suka menyelak kesalahan orang apatah lagi fitnah kelak ada jawabannya nanti.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping