Sabtu, September 02, 2017

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dicabar supaya mengadakan Kongres Khas bagi membincangkan cadangan untuk mewujudkan kembali hubungan kerjasama Politik parti itu dengan PAS.

Cabaran itu dilontar oleh Gerakan Aktivis Harapan (GAH) yang terdiri daripada ahli parti pembangkang kerana meragui keikhlasan Azmin walaupun Pakatan sudah memutuskan tidak akan berunding lagi dengan Pas.
“Azmin akan diasak untuk menghentikan rundingan dengan Pas oleh anggota PKR sendiri yang menuntut agar EGM diadakan secepat mungkin.
“Jika EGM diadakan, Azmin tidak akan dapat meyakinkan PKR tentang keperluan untuk berunding dengan Pas, terutama selepas pemimpin parti Islam itu menafikan mereka sedang berbincang mengenai persiapan pilihan raya.
“Kredibiliti dan populariti beliau akan terjejas teruk jika Kongres Khas atau EGM tidak menyokongnya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.
Terdahulu, cadangan kongres itu diadakan dilontar oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli susulan tidak berpuas hati dengan Mohamed Azmin yang berunding secara senyap-senyap dengan Pas.

Kumpulan itu juga menyokong cadangan Rafizi. Tegas kumpulan itu lagi, Mohamed Azmin juga perlu patuh kepada keputusan Majlis Presiden PH yang menghentikan sebarang rundingan dengan Pas. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tanpa pas, pkr tak ke mana khususnya di selangor.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping