Selasa, September 12, 2017

Presiden PAN, Mat Sabu mengakui bahawa parti pimpinannya itu 'kemaruk' kuasa. Ini jelasnya, sebagai sebuah parti yang bertanding dalam pilihan raya, sudah semestinya pihaknya mahu menang dalam sesuatu pertandingan pilihan raya yang diadakan.
"Memanglah. Kami nak ambil kuasa. Tujuan pilihan raya kita bertanding kerana nak ambil kuasa. Bukan kita bertanding nak seronok," katanya kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Harapan di Ibu pejabat Bersatu, di sini hari ini.
Katanya lagi, pihaknya juga mahu merampas kuasa daripada 'orang gila kuasa'.
"Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa, sebab kita nak rampas kuasa daripada orang gila," katanya lagi yang mesra dipanggil Mat Sabu.
Konvensyen PAN Selangor semalam meluluskan usul supaya Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menimbang semula kedudukan PAS di dalam Rejim Pakatan negeri itu.

Bagaimanapun, PAS hari ini membidas PAN 'kemaruk kuasa', selepas parti serpihan itu menggesa Menteri Besar Selangor menimbang semula kedudukannya dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi turut mempersoalkan usul PAN Selangor itu ketika tiada masalah dalam pentadbiran negeri.
“Bagi saya, itu bukan soal pilihan raya tetapi soal kemaruk kepada kuasa,” katanya petik laporan portal tempatan.
Terdahulu dalam sidang medianya, Mat Sabu menjelaskan bahawa Pakatan Harapan akan mengadakan satu Himpunan Rakyat 'Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi' yang akan diadakan pada 14 Oktober ini, bertempat di Petaling Jaya.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Masa kena tangkap khalwat dulu sbb nak kuasa ke nak seronok. Memang tak boleh dipercayai klu dgn isteri org pun sanggup buat hal.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping