Khamis, September 21, 2017

Agak IRONIK juga dengan tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan serta ahli - ahli PKR di Kelantan ni apabila mereka mendesak agar Pengerusi parti itu meletakkan jawatan seberapa segara.

Katanya, satu memorandum yang ditandatangani seluruh ahli parti negeri itu akan diserahkan kepada Presiden supaya keputusan segera diambil untuk membersihkan kepimpinan parti.
“Kita sudah serah memorandum supaya (Aziz ditukar) pada majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan melalui Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pada 25 Ogos, kemudian kita buat satu lagi kiriman kepada seorang pemimpin yang rapat dengan presiden.
“Sekarang kita beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan pusat membuat keputusan terbaik sekalipun mengekalkan Aziz, kita menerima keputusan itu secara terbuka.
“Bagaimanapun kita menaruh harapan tinggi kepada parti untuk mendengar desakan kami dan sokongan dari akar umbi cukup kuat untuk mendesak Aziz meletak jawatan,” demikian memetik kenyataan Syauqey sebagaimana dilaporkan FMT, hari ini.
Awal bulan lalu memorandum mendesak pengunduran Ab Aziz dari jawatan itu juga dilakukan, dengan alasan mahu menjaga kepentingan parti dari menjadi 'pak turut' kepada PAS Kelantan.

Tetapi yang herannya, kenapa pulak dikalangan pemimpin PKR tu takde seorang pun yang berani membuat desakan sama terhadap Timbalan Presiden PKR yang juga dianggap "Mesra PAS" tu?

Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini pernah tampil dengan cadangan untuk kembali mewujudkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Namun, menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu sebelum ini, hubungan kerjasama Politik diantara kedua - dua parti itu tidak melibatkan parti lain dalam gabungan Pakatan.

Ekoran kenyataan Si Azmin itu menyebabkan timbul rasa kurang senang dan tidak puas hati dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan, termasuk PKR yang enggan menerima PAS semula.

Maka, kalau dikatakan Pengerusi PKR Kelantan tu perlu letak jawatan hanya semata - mata kerana dia 'Mesra' dengan Rejim PAS Kelantan, kenapa Si Azmin ni tidak didesak sedemikian? Maksum sangat ke Si Azmin ni jika nak dibandingkan dengan orang lain!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pkr di kelantan ada atau tak ada sama je. Tak payah bising desak itu ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping