Khamis, September 21, 2017

Kak Midah mendakwa, dia meninggalkan PPBM disebabkan sikap kasar ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan sokongan yang diterima daripada pucuk pimpinan parti.
“Ia bukan hanya mengenai Syed Saddiq, tetapi seluruh budaya parti itu sendiri. Budaya yang disebarkan Syed Saddiq langsung tidak mewakili kita sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia.
“Kita sepatutnya menghormati orang tua dan apabila mahu menegur mereka, ada cara lebih baik untuk melakukannya, bukannya suruh saya berambus,” katanya kepada FMT hari ini.
Bekas Naib Presiden PPBM itu merujuk kenyataan Syed Saddiq kepada FMT pada Mei lalu, di mana ketua Pemuda itu meminta Hamidah berambus, selepas didakwa menjadi punca lebih 1,000 ahli PPBM Perak keluar parti secara beramai-ramai.

"Budak Hingusan" itu juga turut menyifatkan bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng itu sebagai hipokrit yang kecewa dengan keputusan Presiden kerana tidak dilantik mengetuai PPBM Perak.

Hamidah ketika menjawab dakwaan itu sebelum ini berkata, dia akan menulis surat kepada Lembaga Disiplin PPBM untuk mendesak agar tindakan segera diambil terhadap Syed Saddiq.

Hari ini, katanya, dia tidak menghantar surat itu kerana “tiada gunanya berbuat demikian apabila pemimpin parti nampaknya tidak berminat” mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq.

Hamidah juga turut mendakwa, bukan mudah untuk dia membuat keputusan meninggalkan PPBM, tetapi terpaksa berbuat demikian kerana hatinya sudah tidak lagi bersama dengan parti itu.
“Saya mahu menyelamatkan negara bukan kerana ia adalah matlamat parti. Seperti yang anda tahu, saya menyuarakan kebimbangan mengenai cara negara ini ditadbir walaupun sebelum PPBM ditubuhkan.
“Ketika saya dipecat (daripada Umno) kerana bersuara lantang, tiada khabar angin mengenai parti lain akan ditubuhkan. Jadi, ia bukan mengenai jawatan bagi saya. Bagaimanapun, selepas didakwa gila kuasa, semua dakwaan yang dilemparkan kepada saya melemahkan semangat saya.”
Hamidah telah menyerahkan surat peletakan jawatannya Jumaat lalu iaitu sehari sebelum salah seorang daripada 7 pengasas PPBM, Anina Saadudin yang turut meninggalkan parti itu dengan alasan parti itu mengamalkan dasar kronisme yang sangat kronik!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping