Sabtu, September 16, 2017

PPBM berpegang teguh pada keputusan yang dicapai secara konsensus ketika mesyuarat Majlis Presiden Pakatan  29 Ogos lalu untuk tidak lagi berunding dengan PAS dalam PRU ke - 14. 

Pendirian itu sekaligus menempelak kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan telah memberi 'lampu hijau' untuk mengadakan rundingan dengan partinya.
"Kita buat keputusan tidak ada rundingan lagi, itu keputusannya. Jadi Tuan Ibrahim cakap itu pun saya tidak pasti ia mewakili PAS atau tidak.
"PPBM kita buat keputusan bersama dengan PH dan keputusan ini keputusan PH, bermakna kita jadi anggota PH, bukan keputusan PPBM berasingan dengan PH, ini adalah keputusan parti gabungan dan kita anggotanya, jadi kita ikut sama mendokong keputusan itu," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Malah PPBM juga turut mengingatkan parti - parti lain dalam Pakatan agar setiap pandangan dan keputusan yang ingin dibuat perlu dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi gabungan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, PPBM berkata mana - mana pihak berhak mengeluarkan pandangan peribadi namun mengulangi penegasannya bahawa setiap pandangan itu perlu disuarakan dalam mesyuarat Pakatan.
"Itu kenyataan peribadi dia (Ambiga) manakala kenyataan parti lain, jadi kalau ada apa-apa pandangan dia jadi dia boleh bawa dalam mesyuarat dan persidangan parti.
"Sivarasa juga sama, dia dari PKR jadi dia boleh bawa dalam partinya dan partinya boleh bawa dalam PH dan saya fikir kita tidak wajar melayan pandangan peribadi dan apa-apa sahaja pandangan yang dikeluarkan adalah melalui parti masing-masing
"Apa-apa keputusan kita buat bersama bukan keputusan sendiri, kita adalah anggota PH jadi apa-apa keputusan untuk kepentingan bersama maka sewajarnya kita buat keputusan bersama dan keputusan setakat kini telah tamat masa untuk berunding dengan PAS," ujarnya lagi.
Terdahulu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan meminta Pakatan untuk mengadakan rundingan dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Cadangan itu kemudiannya disokong Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasa.
Categories:

1 ulasan:

  1. Ppbm cakap je besar. Ahlinya boleh bilang dgn jari.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping