Jumaat, September 01, 2017

Ramai yang mungkin terlupa dan mungkin juga ramai yang tidak tahu apakah yang telah “didedahkan” oleh "Pakata Strategi PKR" tu dengan menggunakan dokumen OSA sebelum ini.

Pada Mac 2016, Rafizi telah menggunakan dokumen laporan PAC berkaitan dengan syarikat 1MDB yang diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menyokong dua tuduhannya. 

Rafizi mendakwa 1MDB mempunyai kaitan perniagaan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan mengakibatkan 110 veteran tentera tidak dibayar bayaran gratuiti mengikut masa yang ditetapkan.

Fakta bahawa 1MDB mempunyai kaitan perniagaan dengan LTAT bukannya satu rahsia. Tetapi ianya adalah maklumat umum yang didedahkan sejak 2013. Namun dimanipulasikan oleh Rafizi.

1MDB memberitahu bahawa pihaknya telah menganugerahkan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada LTAT untuk membina 8 pengkalan tentera di seluruh negara dan kos memindahkan pengkalan udara Sungai Besi ke lokasi baharu seluas 750 ekar di Sendayan.

LTAT yang memiliki oleh Affin Bank telah pun menjelaskan bahawa tuduhan Rafizi itu adalah tidak benar dimana 70 daripada 110 veteran tentera tersebut telah pun menerima bayaran gratuiti mereka.

Manakala menurut LTAT, jumlah veteran tentera yang selebihnya sedang menghadapi masalah kerana maklumat yang tidak lengkap yang diberikan oleh veteran - veteran tersebut.

LTAT kemudiannya telah mengambil tindakan undang - undang dan memfailakn saman terhadap Rafizi dan sedang menanti perbicaraan di atas tuduhan tersebut yang memang didakwa tidak berasas.

Oleh yang demikian, Rafizi sebenarnya tanpa perlu dengan sengaja melanggar undang-undang OSA demi membuat tuduhan perkara dan fakta yang memang sudah diketahui umum. Pengorbanan itu hanya sia-sia.

Ramai yang sedia maklum bahawa sabitan ini adalah yang keempat untuk Rafizi. Dia telah didapati bersalah dan didenda oleh mahkamah atas tuduhan menghasut pada Januari dan awal November tahun ini.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Rafizi juga telah didapati bersalah kerana memfitnah Pengerus National Feedlot Corp (NFC) dan diarahkan membayar gantirugi berjumlah RM 300 ribu.

Pihak mahkamah telah menyiasat dan mendapati tiada asas kepada tuduhan Rafizi bahawa NFC telah menggunakan dana kerajaan untuk membeli hartanah – tuduhan ini telah lama dibuat oleh pihak pembangkang dan kini kita semua tahu bahawa ia adalah tidak berasas sama sekali.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping