Selasa, September 19, 2017

Ini yang orang kata, "Nyamuk seberang laut pun dia boleh nampak tapi Bangkai Gajah depan mata pun dia tak tau". Payah juga kalau dah semua benda pun dia kata dia tak tau mengenainya.

Kot kalau sebelum ini, bukan main lagi dia buat pendedahan berkaitan dengan 1MDB. Malah dia juga yang cuba nak membezakan pentadbiran sekarang dengan masa dia memerintah dulu.

Kononnya, dari apa yang cuba disebarkan oleh pengikut - pengikut bawahan dia, masa dia jadi Perdana Menteri 22 tahun dulu, semua benda yang orang bawah buat semua dia tau belaka.

Habis cerita dalam kelambu orang pun dia tau. Ada pulak masa dia nak temubual beberapa orang Pelacur untuk mengukuhkan dakwaan salah laku seksual yang melibatkan Si Ketua Penipu tu.

Tapi alih - alih, bila disoal semula, boleh pulak dia bagi alasan yang dia tak tau Bank Negara Malaysia (BNM) terlibat menjalankan urus niaga mata wang semasa dia jadi Perdana Menteri.
Kan nampak sangat tak logiknya cerita yang cuba disampaikan? Bagaimana mungkin rakyat nak percaya dengan dakyah yang cuba disebarkan sedangkan jawapan diberikan semuanya "Tak Tau"?
"Kalau bercerita pasal isu 1MDB, habis sehelai demi sehelai laporan PAC boleh dicerita kepada orang luar sedangkan dokumen tu merupakan rahsia sulit.
"Tapi bila tiba cerita pasal RCI yang dikaitkan dengan dia, boleh pulak dia kata dia tak tau? Macam mana dia jadi pemimpin kalau semua benda dia tak tau?
"Dan yang paling menarik, dia boleh pulak beri alasan kononnya siasatan itu dijalankan hanya sekadar cubaan nak memberikan imej yang buruk pada dirinya sendiri. Kan tak masuk akal tu?" soal seorang sahabat ketika sedang berborak dikedai kopi semalam.
Maka kesimpulannya, kalau dah semua benda pun dia boleh bagi alasan kata dia "Tak Tau", jadi tak heran la sekiranya forum Nothing To Hide 2.0 anjuran PPBM sebelum ini ada peserta yang mengamuk sampai tahap nak membakar dewan!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping