Khamis, Oktober 19, 2017

Hah! Dari segi logiknya, kalau Si Budak Hingusan tu nak dakwa Kak Midah menjadi Agen UMNO, kenapa pulak PAS yang cuba memancing bekas Naib Presiden PPBM tu pada ketika ini?

Penulis veteran PAS, Subky Latif berkata Datuk Hamidah Osman mungkin akan merasa 'kemanisan berpolitik sebenar' jika bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menyertai PAS.

Subky berkata PAS terdiri daripada mereka yang pernah berjuang di dalam Umno dan itulah kunci kepada kekuatan PAS pada hari ini. Malah katanya selepas golongan itu merasai 'kemanisan' perjuangan PAS, mereka tidak lagi mahu menoleh ke belakang.
"Hamidah sudah tidak serasi dengan Umno dan Bersatu (PPBM), dan keserasian itu mungkin ada dalam PAS. Jika darahnya pekat politik (Hamidah) boleh memilih PAS sebagai wadah membela agama, bangsa dan tanah air yang membela diri dan keluarga.
"Perjuangan itu manis seperti manisnya Islam. Manis Islam itu lebih dimaknakan oleh perjuangannya dan oleh umatnya. Di sinilah PAS mencari manis di dunia dan manis di akhirat," katanya.
Hamidah pada pertengahan September lalu berkeputusan meninggalkan PPBM selepas mendakwa diperlakukan dengan kasar oleh Ketua Armadanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berikutan kes ahli akar umbi Perak keluar parti beramai-ramai baru-baru ini.

Pun begitu, ujar Shubky, 'kemanisan berpolitik' bersama PAS ini tidak semua yang berjaya mengecapinya dan segalanya terpulang kepada peribadi individu itu sendiri. Beliau kemudiannya menamakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, sebagai contoh.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping