Ahad, November 26, 2017

Bekas Penyelaras PPBM Parlimen Kluang, Arjuna Putra Ali menegaskan sebanyak 358 aduan berhubung kegagalan pucuk kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mematuhi ketetapan parti telah dibuat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Kenyataan ini sekaligus menidakkan penafian dibuat Ketua Bahagian PPBM Ledang, Mohd. Solehan Badri kononnya tidak ada isu aduan daripada lapan bahagian PPBM Johor terhadap pucuk kepemimpinan parti.

Arjuna malah memberitahu, Ahli Jawatankuasa Bahagian PPBM Ledang, Zaharuddin Mat Isa yang sebelum ini merupakan Setiausaha Bahagian itu sendiri telah menandatangani aduan rasmi ke RoS termasuklah isu berkaitan ketua penaja proksi.
“Bagaimana beliau ingin menafikan sedangkan Zaharuddin sendiri yang menghubungi kami untuk ambil beliau di plaza tol Tangkak dan terus bergegas ke Putrajaya.
“Di sini jelas, tindakan Mohd. Solehan hanya ingin mengalihkan tumpuan terhadap kemelut yang melanda PPBM dan Pakatan Harapan diketuai DAP,” katanya.
Pada 1 November lalu, Arjuna Putra bersama beberapa kepemimpinan PPBM Johor mengemukakan aduan kepada RoS berhubung kegagalan pucuk pimpinan PPBM mematuhi ketetapan perlembagaan parti itu.

Kesemua lapan Bahagian PPBM negeri Johor yang mengemukakan aduan itu adalah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Semberong.

Mengulas lanjut, Arjuna Putra menjelaskan, berdasarkan perlembagaan rasmi parti, setiap bahagian perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dalam tempoh 60 hari dan mesyuarat cawangan dalam masa 14 hari sebelum persidangan agung pusat dapat dijalankan.

Berikutan itu, beliau secara sinis mempersoalkan bila tarikh persidangan agung parti dapat dijalankan sekiranya semua 159 bahagian (seperti didakwa) perlu mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping