Ahad, November 19, 2017

Polis menahan seorang anak lelaki pemimpin tertinggi PAN yang juga seorang wakil rakyat kerana dipercayai memiliki 200 biji pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor Kampung Jelutong di sini semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu, Kelantan kira - kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik yang mengesahkan mengenai tahanan tersebut berkata, "suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman."
“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya,” katanya dipetik Utusan.
Sementara itu, Naib Presiden PAN, Husam Musa membuat pengakuan secara terbuka bahawa anaknya adalah individu yang telah ditahan Polis kerana memiliki 200 pil kuda.

Walaubagaimana pun ADUN Salor itu berkata, pihak Polis masih belum memberikan sebarang makluman mengenai penangkapan tersebut kepadanya.
“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda jam 5.22 petang tadi, apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.
“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.
“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya dalam catatan di Facebooknya. 
Husam berkata, jirannya memaklumkan anaknya ditahan sekumpulan lelaki petang semalam. Katanya,dia akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mendapat maklumat penuh daripada polis dan dibenarkan menemui anaknya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Jgn nanti ada yg kata penahanan tu agenda politik plk..

    BalasPadam
  2. Banyak kali dah kene tahan, bapak dia ada cable menteri, polis yg siasat kene tukar tempat kerja, anak dia lepas, sebab tu polis tak bagi tau ke husam, bila anak husam kene tangkap..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping