Ahad, November 26, 2017

YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Haji Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan.

Perkara itu disebut Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang dengan menggunakan perkataan “Hari Besar” seolah-olah merujuk kepada PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.

"Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada “Hari Besar’ lain. Kalau dulu bikin silap, tak undi Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo,” katanya dalam loghat Tionghoa berbahasa Melayu.

Ucapan Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat Tionghoa setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu. Tahun Baharu Cina dijangka disambut pada 16 dan 17 Feb 2018.

Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.

Ahmad Zahid juga turut menyentuh tentang kebebasan beragama di negara ini yang telah membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang cukup prihatin dan memahami perbezaan agama walaupun dalam Perlembagaan negara kita agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.

“Ertinya kerajaan Malaysia kerajaan yang adil dan  menghormati semua agama di negara kita kerana Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain,” katanya. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping