Jumaat, Disember 29, 2017

Memang tak laku dah Si Husam Musa ni rupanya sampai tahap pihak pengurusan sebuah Hotel pun terpaksa membatalkan program yang melibatkan bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu.

Program Bicara Anak Kelantan: Merungkai Persoalan Bersama Datuk Husam Musa yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan saat-saat akhir kerana ia melibatkan Naib Presiden Amanah itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur program berkenaan setelah pihaknya diberitahu oleh pengurusan hotel yang menyebut pembatalan dilakukan kerana melibatkan Husam.

Program tersebut dianjurkan oleh laman Sokmo.net dan dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu pada jam 9 malam ini.
"Kami telah membuat tempahan dewan untuk program itu sejak awal November dengan membayar wang deposit dan memenuhi syarat yang ditetapkan hotel.
"(Tetapi) pengurusan diarahkan membatalkan tempahan itu 48 jam sebelum program. Alasan (syarikat) pemilik hotel ialah kerana ia melibatkan Husam," kata pengarang Sokmo.net, Mohd Zuharman Mohammar Nor dalam kenyataan semalam.
Selain Husam, penganjur program turut menjemput Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu dan ADUN Pulai Chondong untuk turut sama menjadi panel program itu. Bagaimanapun kedua-dua pemimpin tempatan itu menolak jemputan berkenaan.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Tak payah layan lgi si Husam yg meroyan sejak tak ada jawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si husam ni sebenarnya berpolitik utk siapa...? Adakah utk kepentingan diri sendiri atau utk rakyat atau utk dap...?

      Padam
  2. Kumpulan pemecahbelah masyarakat melayu yg menjadi punca kemundurn org melayu. Sampai bila pun org melayu islam akan terus menerus mundur sekiranya masih ada golongan spt ini... fikir2kan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping