Jumaat, Disember 29, 2017

PKR merupakan satu - satunya parti di dalam Pakatan yang sehingga kini belum memberikan kata putus tentang calon Perdana Menteri tampil menafikan khabar angin kononnya ia merancang menentang keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, sebagaimana yang dipetik dari laporan yang disiarkan melalui laman portal The Malaysian Insight baru - baru ini.

Nurul Izzah mendakwa partinya bukan sengaja menangguhkan persetujuan untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya keutamaan pembangkang pada ketika ini adalah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terlebih dahulu.

Berkenaan isu calon perdana menteri, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, perkara tersebut masih dibincang secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin empat parti gabungan pembangkang itu.
“Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,” katanya.
Sebelum ini nama Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri gabungan pembangkang itu selepas ia mengadakan permukiman di Putrajaya baru-baru ini.
“Fokus penting sekarang adalah menang pilihan raya…tiada keperluan untuk mengutamakan penamaan (calon) perdana menteri. Barisan Nasional menyerang kami dalam isu ini, mahu (nama) calon diumumkan.
“Tetapi fokus kita adalah memuktamadkan (pembahagian) kerusi bagi memastikan kita (boleh) merampas kuasa untuk mewakili rakyat dan melaksanakan perubahan,” ujar Izzah.
Sementara itu Izzah juga memaklumkan PH pada masa kini sedang memuktamadkan senarai pembahagian kerusi bagi PKR-DAP-Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping