Selasa, Disember 19, 2017

Ia bukan sahaja dilihat sebagai satu tindakan biadab malahan ianya dianggap terlalu terdesak apabila sanggup tergamak eksploitasi nama sultan untuk kepentingan politik peribadi.

Lebih aib, ‘askar siber’ pembangkang Malaysia dikesan mempergunakan laman sosial palsu konon Sultan Hassanal Bolkiah menyokong usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘melawan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesej yang disebarkan sejak Khamis lalu menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan yang langsung percaya Sultan Brunei berkenan menyebelahi tokoh veteran berusia 92 tahun itu untuk menang pilihan raya umum ke-14.

Justeru Polis Diraja Brunei (PDB) memberi amaran tegas sambil mengingatkan orang ramai agar tidak percayai berita atau fakta diragui yang disebarkan melalui akaun media sosial tertentu sama ada dari dalam atau luar negeri.
Media Brunei melaporan, laporan palsu berbaur hasutan antikerajaan itu disebarkan menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp selain Instagram dengan menyalahgunakan identiti atau nama pembesar, kenamaan dan sebagainya.

Akaun tersebut menurut jurucakap PDB disyaki mempunyai unsur penipuan dan berita tidak benar bertujuan untuk memperdayakan orang ramai selain menimbulkan ketegangan serta suasana tidak senang dalam kalangan rakyat.

PDB turut menasihatkan masyarakat agar semak kesahihan maklumat disebarkan melalui aplikasi InfoDeptBN dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Brunei di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dilancarkan pada Mei lalu.

Terdahulu, netizen di Malaysia kecoh dengan penularan mesej konon daripada Sultan Brunei yang memuji Mahathir untuk menentang Najib dan menggelarkan pemimpin Pakatan Harapan belum didaftarkan sah itu sebagai Master.

Namun, akaun yang menggunakan nama H. H. Haji Hassanal Bolkiah itu didapati palsu kerana baginda tidak pernah memiliki laman tersebut dan mesej ditulis itu sendiri agak diragui berdasarkan gaya lenggok bahasanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping