Selasa, Disember 19, 2017

Kalau dulu, diatas pentas ceramah PAS, bukan main lagi dia buat dakwaan kononnya Kerajaan tidak menghalang 'Maksiat Hiburan' yang berleluasa. Katanya, dunia hiburan ni penuh kemaksiatan.

Maka, kata dia, sebab itu dia menyertai PAS kerana mahu mendedahkan kepincangan Kerajaan yang tidak menghalang kemaksiatan hiburan itu berlaku. Dia cuba nak mentarbiah ahli PAS mengenainya.

Dek kerana popularitinya semakin merundum, dan dia kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, dia mula berubah pendirian sejak menyertai PAN. Dunia hiburan yang penuh maksiat itu kembali dijejaki.

Makanya, dia menghalalkan tindakannya terkinja - kinja diatas pentas hiburan yang pada suatu ketika dahulu didakwa penuh dengan kemaksiatan yang tidak dibendung oleh pihak Kerajaan.

Sejak dia kembali menjejakkan kaki diatas pentas sambil terkinja - kinja tu, adakah dia lupa dengan dakwaan yang pernah dinyatakan sebelum ini? Pernah tak dia kenang kembali apa yang telah diluahkan?

Hari ini, kemenangan yang dikecapi mula dipergunakan oleh pemimpin - pemimpin yang jelas tidak mendapat tempat dikalangan rakyat. Pemimpin - pemimpin terbuang PAN pun datang tumpang glamer.

Mana tidaknya. Pemimpin - pemimpin PAN seperti Mat Sabu, Din Pudu, Khalid Samad dan yang seangkatan dengan mereka juga turut menerima nasib yang sama seperti Si Ostazah Ecah ni.

Mereka tidak diendahkan oleh masyarakat. Populariti mereka semakin merundum. Maka sebab itu diorang mula menghurung populairiti Si Ostazah Ecah ni macam Semut menghurung gula.

Pokok pangkalnya, PAN ni parti yang tidak ada dasar perjuangan yang kukuh. Diorang hanya ibarat kerakap atas batu dan terpaksa menumpang orang lain untuk kekal dalam pentas Politik semasa. Nak harapkan diorang sendiri, memang tak ke mana dah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping