Rabu, Disember 27, 2017

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PKR baru - baru ini membuatkan pemimpin PAS menganggap ianya sebagai satu Penghinaan terbuka terhadap parti tersebut.


Naib Presiden PAS Pusat merangkap Exco Rejim Pakatan Selangor, Iskandar Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat fitnah kononnya ada ADUN PAS yang mahu menyertai PKR.

Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan sedangkan katanya, ADUN yang didakwa itu berdiri teguh di belakang Presiden PAS.
"Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.
"ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).
"Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti yang enggan bekerjasama dengan Pakatan dalam PRU ke 14.

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit 'melompat kapal' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan dan berpotensi untuk menang lebih besar dalam PRU yang akan datang.

Namun perkara itu dinafikan oleh Iskandar. Sebaliknya dia mendakwa, perkara itu adalah khabar angin yang 'sengaja dicipta' untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya.

Kata Iskandar, jika faktor jawatan itu didakwa menjadi punca, krisis ketika Kajang Move itu lebih tinggi berbanding sekarang. Ketika itu, katanya, 13 ADUN PAS kekal istiqamah walaupun ada kemungkinan parti terbabit akan terkeluar daripada Rejim Pakatan Selangor.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pkr tak payah buat mabuk kuasa. Tanpa pas di selangor pkr sukar bernafas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping