Khamis, Disember 28, 2017

Kenyataan terbaru Hanipa Maidin berhubung golongan ateis hanya akan memburukkan imej parti Ternakan DAPigs itu, kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kamarul mengulas pandangan Hanipa yang mengatakan hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama, maka barulah penyebaran fahaman itu dikalangan umat Islam boleh dikawal.
"Pada hemat saya konar baring terbaru Hanipa Maidin ini walaupun mungkin dimaksudkan untuk memperbaiki imej beliau dan imej PAN yang tercalar di mata umat Islam, sebenarnya akan menjunamkan lagi imej beliau dan parti itu.
“Ini kerana, bila ateisme diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk dianuti dan mengamalkan ateisme tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.
Semalam, Hanipa Maidin dilapor berkata hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama maka penyebarannya terhadap penganut Islam boleh dikawal atau disekat selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Hanipa yang juga merupakan seorang anggota parlimen Sepang yang mewakili PAN tidak mengemukakan bukti bagi menyokong tafsiran bahawa ateisme adalah agama.

Mengulas lanjut, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tindakan yang dicadangkan oleh Hanipa itu hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah sekiranya aties diiktiraf sebagai agama.
“Lebih parah lagi,bila diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk "menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang" tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan,” tegas Kamarul Zaman.
Selain itu Kamarul berkata penyebaran ateisme terhadap penganut Islam sebenarnya boleh disekat melalui Perkara 11 (4) perlembagaan Persekutuan walaupun ateisme tidak diiktiraf sebagai agama.

Sebagai rekod, fahaman Ateis ini merupakan satu ajaran songsang yang jelas bertentangan dengan Islam diamalkan dan disebarkan oleh penduduk - penduduk di Negara Barat. Malah mereka juga turut tidak mengiktiraf kewujudan tuhan serta hari akhirat!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Puak pan ni tak ada kerja kot..

    BalasPadam
  2. apa punya bodoh loyar nii...dah tahu golongan aties tu tk percaya tuhan&mmg tk ada pegangan ugama...
    yg dia nk suruh kjaan iktiraf aties sbgai ugama apsal...bodoh bertingkat2 ler loyar buruk ni....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping