Khamis, Disember 14, 2017

Ahli DAPigs, Zaid Ibrahim hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung tulisannya menerusi akaun Twitter, yang didakwa mempersoal titah Sultan Selangor kira-kira jam 9.30 pagi tadi. 

Bekas ahli PKR itu juga turut ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; bekas Exco Selangor, Ronnie Liu serta beberapa lagi penyokong.

Zaid yang ditemui pemberita selepas memberi keterangan berkata, siasatan adalah berkenaan tweet beliau beberapa hari lalu mengenai Sultan Selangor. 
"Saya berpuas hati dengan cara ia dilakukan, pegawai yang terbabit amat profesional dan siasatan menjurus kepada tweet yang dibuat menerusi akaun Twitter, saya akan tunggu hasilnya nanti.
“Saya jelaskan tweet itu adalah respon daripada kenyataan sultan tentang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan saya jelaskan bahawa itu adalah pandangan saya. Itu bukan pandangan kumpulan lain atau parti lain atau pembangkang, itu kenyataan saya.
"Ramai yang berkata saya ingin menghasut, saya kurang ajar dan biadab, tetapi bila kita bercakap tentang raja berperlembagaan, kita perlu bercakap benar," katanya lagi. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam mengesahkan arahan memanggil Zaid untuk memberikan keterangan. Beliau disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan sebanyak dua laporan polis sudah dibuat berkaitan isu terbabit.

Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi wawancara bersama The Star bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif untuk kepentingan peribadi dan menarik undi.

Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai "rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam" yang boleh "membakar seluruh negara".

Zaid kemudiannya memberikan respon terhadap titah Sultan Sharafuddin, dengan menyatakan Sultan Selangor itu harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah. 

Tulisannya di Twitter berbunyi: "Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar".

Sungguhpun didesak pelbagai pihak agar memohon maaf atas tulisan keterlaluannya itu, Zaid bagaimanapun tidak berbuat demikian sehingga hari ini.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping