Rabu, Januari 03, 2018

Alahai! Tak habis lagi ke Si Ostajah Ecah ni cuba nak meraih simpati murahan dari orang ramai? Dah menang pertandingan terkinja - kinja diatas pentas pun masih tak mencukupi lagi ke?

Kalau sebelum ini, ketika bersama masih dengan sebuah parti Politik pembangkang, bukan main lagi dia hentam industri hiburan di Malaysia dan melabelkannya sebagai industri maksiat.

Tapi sekarang, dah dia pulak meroyan tak tentu arah sambil membuat dakwaan kononnya pemain industri hiburan tu takde panggil dia untuk buat persembahan kerana dia menyertai Politik?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Si Ostajah Ecah tu mengakui bahawa dia tidak sama ada dia telah disenarai hitamkan oleh pemain - pemain industri hiburan di Malaysia atau tidak.

Namun, bekas ahli PAS itu mendakwa dia benar - benar mengalami pengalaman itu sepanjang menyertai parti tersebut sebelum dia keluar dan menjadi pengikut PAN pada ketika ini.
“Saya tak tau ia apa, tetapi memang tak ada lagi jemputan. Perkara ini saya tak nampak secara fizikal mengenai larangan itu.
“Nanti saya cakap, kata tak wujud pula perkara begitu. Tapi, memang saya tak terima undangan sejak daripada itulah (aktif politik),” katanya.
Kan pelik tu? Dia juga yang buat dakwaan dan menyebarkan persepsi buruk terhadap industri seni tanah air, kemudian dia nak meroyan kata dia tidak menerima sebarang jemputan?

Pokok pangkalnya, Si Ostajah Ecah tu perlu sedar bahawa dia sudah tidak lagi popular. Malah saham dia pun dah jatuh merundum. Maka sebab itu dia tak dapat sebarang jemputan.

Ditambah pulak dengan penghinaan dan kecaman yang dilemparkan terhadap industri seni tanah air ketika menyertai parti itu sebelum ini. Mana mungkin ada orang nak jemput dia untuk buat persembahan selepas tuduhan yang disebarkan sebelum ini!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping