Jumaat, Januari 05, 2018

Kini hidup Si Mahfuz Bean tu bergelut dengan kata hati dan terpaksa melayan gejolak batinnya sendiri. Apakah tindakannya meninggalkan jemaah PAS melanggar sumpah atau tidak?

Adakah sumpah bai’ah yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum sebelum ini berkuatkuasa jika Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar keluar parti dan menyertai parti lain semata - mata?

ATAU, adakah tindakan dia meninggalkan PAS sahaja sudah cukup untuk dirumuskan sebagai satu bentuk Pengkhianatan terhadap parti dan juga lafaz sumpah bai’ah yang telah dibuat?

Namun hakikatnya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu telah melanggar janjinya kepada Allah bahawa apabila terpilih sebagai wakil rakyat PAS, dia tidak akan meninggalkan jemaah parti tersebut.

Persoalan ini ditimbulkan oleh Mursyidul Am PAS, Ustaz Hashim Jasin sebagai mengulas tindakan yang dilakukan oleh Mahfuz Bean sewaktu dia meninggalkan parti itu baru - baru ini.

Walaubagaimana pun, Mursyidul Am PAS itu mendakwa, tindakan yang diambil oleh Si Mahfuz Bean itu dianggap lansung tidak memberikan sebarang kesan kepada kepimpinan PAS.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean itu sendiri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Pengkhianatan yang telah mengkhianati lafaz sumpah dan janji yang dibuat dengan Allah S.W.T.

Bahkan, tindakan itu katanya mungkin menyebabkan segala pendapatan Mahfuz sebagai wakil rakyat dikhuatiri menjadi haram selain mungkin dilaknat Allah kerana melanggar bai’ah.
"Di dalam Islam wajib kita taat pada bai'ah yang dilafazkan sebab itu janji seseorang itu dengan Allah. Apa sekalipun kita tidak halang, terpulang kepada beliau (Mahfuz) kerana itu tanggungjawabnya dengan Allah," katanya.
Ahad lalu, Mahfuz mengumumkan keluar PAS berkuatkuasa jam 11.59 malam dan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas sehingga pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-14 dibuat.

Mahfuz mendakwa, dia telah menghantar e-mel pemberhentiannya kepada Setiausaha Agung PAS dengan alasan “Gagal menjadi 'penghubung' di antara gabungan pembangkang dan PAS”.

Bagi sesetengah pihak, alasan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean itu merujuk kepada kegagalan dirinya sendiri. Dia kecewa kerana dirinya sendiri tidak mempunyai kemampuan sedemikian.

Maka, tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean itu merupakan manifestasi terhadap kelemahan dirinya sendiri, bukannya kegagalan parti. Dalam erti kata mudahnya, Si Mahfuz Bean tu sendiri perlu sedar bahawa dia tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pemimpin!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping