Khamis, Januari 18, 2018

Nampak gayanya, polemik berhubung isu pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan masih belum menemui jalan penyelesaian apabila pelbagai bantahan dibuat secara terbuka.

Walaupun secara dasarnya, isu itu dilihat seolah - olah sudah dapat diselesaikan, namun ketidak-puasan hati dikalangan pengikut - pengikut Pakatan terhadap pencalonan itu masih berleluasa.

Nak pulak dikalangan pengikut - pengikut PKR yang masih tetap beranggapan bahawa keputusan untuk mencalonkan bekas Perdana Menteri itu sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Mungkin dek kerana sudah muak dengan bantahan yang dinyatakan secara terbuka oleh pemimpin serta ahli PKR membuatkan bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan amaran seperti sebelum ini.


Dan yang terkini, rasa muak bekas Perdana Menteri itu dapat dilihat dengan jelas apabila ianya diluahkan melalui satu artikel dilaman blognya dalam bentuk sindiran kepada pihak yang membantah.

Antara lain, Tun Mahathir mengakhiri catatannya mencabar agar pihak yang menentang pencalonannya untuk terus melabelkan dirinya sebagai seorang Diktator yang Mahazalim dan Mahafiraun.
"Jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya, tiada lain melainkan benar’."
Dari satu sudut, catatan itu jelas ditujukan kepada puak yang pada suatu ketika dahulu pernah melabelkan dia sebagai seorang pemimpin yang Zalim sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Tapi IRONIKnya, puak yang memberikan gelaran dan menyebar tuduhan sedemikian juga yang dipilih menjadi rakan sekutu dan dipaksa mengangkat dia sebagai calon Perdana Menteri. Itu membuktikan betapa retoriknya Politik puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping