Khamis, Januari 04, 2018

Itu pun "KALAU" Si Nurul Izzah tu betul - betul berani nak bertanding dikawasan yang dikuasai oleh pengaruh bapak dia selama ini. Kalau setakat cerita dengar khabar angin je, baik tak payah.

Tapi, jangan Si Nurul Izzah rasa teruja bila UMNO bentang karpet merah. Bukan sebab UMNO nak mengalu - alukan kedatangan dia. Sebaliknya, karpet merah tu untuk hantar dia balik.

UMNO Permatang Pauh mengakui tidak gentar dengan stratergi PKR yang didakwa akan meletakkan Si Nurul Izzah tu bertanding di kerusi berkenaan pada PRU Ke-14 yang akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, pihaknya sedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja calon yang akan bertanding di kerusi berkenaan kerana ia adalah kerusi panas yang menjadi tumpuan.
"Justeru, kita sudah melaksanakan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi membuktikan banyak perubahan dan pembangunan yang dibawa UMNO di Permatang Pauh berbanding peranan Ahli Parlimennya sendiri.
"Kita tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat. Malah, sebaik sahaja PRU-13 selesai persiapan untuk berdepan dengan PRU-14 sudah lama bermula dan kita berjaya menambahbaik kekurangan serta memperbaiki kesilapan lalu," katanya ketika ditemui selepas Program Sumbangan Alat Tulis di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Baharu, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, sepanjang tempoh lima tahun, pihaknya melihat banyak perubahan dibawa di Permatang Pauh dan ianya diterima rakyat kawasan itu.

Tapi, belum pasti lagi sama ada Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh atau tidak, namun petunjuk sudah mula nampak apabila kelibatnya sering dilihat dikawasan berkenaan.
"Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa laluan untuk PKR mengekalkan kerusi Permatang Pauh tidak lagi mudah apatah lagi selepas berlaku kecelaruan selepas PAS mengundur diri dari pakatan pembangkang," katanya.
Baru-baru ini laman sebuah portal berita melaporkan Nurul Izzah dikatakan bakal berhijrah dan akan bertanding di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka tahun ini.

Menurut sumber dalaman PKR, parti itu menjangka Nurul Izzah tidak akan mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai, yang diwakilinya sejak 2008 kerana mendakwa kononnya banyak berlaku manipulasi demografi pengundi yang agresif di situ.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping