Selasa, Februari 13, 2018

Ala! Jangan la risau sangat Mahfuz oi. Takde orang lagi yang berani nak tarik balik gelaran yang dia miliki pada ketika ini walaupun semakin ramai Badut Politik dikalangan puak Pakatan tu.

Di Malaysia ni hanya ada sorang je yang layak menyandang gelaran Mahfuz Bean tu. Jadi, tak payah la dia risau sangat. Kalau setakat gelaran Datuk tu, takde benda sangat la bagi Pakatan.

Lagi pun, Si Mujahid tu sendiri sebelum ini dah keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa pangkat dan gelaran tu tidak menjadi satu keutamaan buat puak Pakatan Haprak tu.

Jadi, buat apa Si Mahfuz Bean tu sibuk sangat nak meroyan tak tentu arah? Bukan ke sebaiknya dia berlapang dada dan menerima tindakan yang telah diambil oleh pihak Istana Kelantan tu?

Tapi bak kata pemimpin PAS, Si Mahfuz Bean tu kelihatan seolah - olah berada dalam keadaan tertekan apabila mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tindakan yang telah diambil.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ini juga mungkin balasan dan akibat yang diterima mereka selepas melanggar sumpah bai'ah yang telah dilafazkan ketika berada di dalam PAS.
"Kenyataan itu memberi gambaran bahawa mereka (yang keluar PAS) sudah berada di zon yang sangat tertekan apabila parti mereka tidak mendapat sambutan dalam kalangan rakyat dan mereka keluar daripada PAS beramai-ramai dan Alhamdulillah tidak ada yang mengikut mereka kecuali jumlah yang sangat sedikit. 
"Jadi mungkin mereka dalam situasi yang sangat tertekan sehingga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu tidak menggambarkan seorang pemimpin yang berjiwa besar.
"Kenyataan-kenyataan sedemikian menggambarkan macam orang yang merajuk, orang yang bercakap tanpa matlamat perjuangan yang jelas, apa benda sahaja pun dia komen, dan bagi saya mereka yang melanggar baiah yang dibuat di dalam PAS tidak akan selamat di dunia dan akhirat," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam, Si Mahfuz Bean tu berkata penarikan semula darjah dan bintang kebesaran beberapa pemimpin Pakatan menjadikan anugerah tersebut tidak lagi bernilai di mata rakyat.

Bagi sesetengah pihak, Si Mahfuz tu patut sedar, sebagai seorang pemimpin dia tidak sepatutnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang seolah-olah mempertikaikan keputusan tersebut.

Sedangkan Si Mahfuz bean tu sendiri sedar bahawa penganugerahan dan penarikan semula darjah kebesaran itu adalah hak Tuanku Sultan. Malah dia sendiri pun terima darjah kebesaran seumpama itu.

Jadi, tak payah la Si Mahfuz Bean tu nak meroyan sakan mendakwa kononnya penarikan balik darjah kebesaran itu menjadikan sebagai suatu yang tidak bernilai. Sudah - sudah la Si Mahfuz Bean tu nak memalukan diri dia sendiri depan orang ramai!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping