Rabu, Februari 21, 2018

Huh! Memang dasar parti kuat tabur fitnah sungguh PKR ni. Tak serik - serik lagi diorang ni gamaknya. Tak cukup dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang jadi bahan fitnah diorang.

Habis pemimpin parti sendiri pun turut dijadikan sebagai Mangsa Fitnah. Sekarang orang awam pun diorang nak seret dan dijadikan sebagai koleksi fitnah puak - puak PKR ni jugak ke?

Penolong Setiausaha Persekutuan Catur Malaysia memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, susulan larangan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang memakai skirt pendek ketika meyertai satu pertandingan catur, tahun lalu.

Sophian A Yusuf, 44, yang merupakan plaintif memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Zuraida sebagai defendan, lapor akhbar Sinar Harian.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, Sophian yang juga pengarah Pertandingan Kejuaraan Catur Scholastic Kebangsaan 2017, yang disertai kanak-kanak tersebut mendakwa Zuraida secara tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah pada 29 April 2017 sehingga menjejaskan reputasinya apabila ia disiarkan di portal berita dan akhbar harian.

Justeru beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, selain faedah dan kos serta relif lain yang sesuai.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melalui pernyataan pembelaannya yang difailkan 18 Januari lalu berkata, kenyataan itu adalah keadaan berkepentingan perlindungan bersyarat tanpa sebarang niat jahat.

Menurutnya, sebagai ahli politik, beliau sering memberikan kenyataan mengenai isu berkepentingan awam. 

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan empat hari bermula 23 Julai untuk perbicaraan kes saman berkenaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Mohd Haris Abdullah yang mewakili Sophian manakala peguam Shahid Adli Kamarudin bertindak bagi pihak Zuraida selaku defendan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping