Jumaat, Februari 23, 2018

Sama ada diorang ni tak faham atau memang diorang ni jenis manusia pekak, itu kita tak pasti. Tapi hakikatnya, pemimpin parti PPBM tu jelas tidak mendengar keluhan dikalangan ahlinya sendiri.

Maka tak hairan la kenapa seramai 500 orang ahli PPBM tampil membuat himpunan dihadapan pejabat RoS mendesak agar tindakan tegas diambil terhadap parti yang tidak mempedulikan mereka.

Kira-kira 500 ahli akar umbi PPBM termasuk bekas pemimpinnya mengadakan himpunan aman di perkarangan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini bagi menyerahkan memorandum mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan tegas terhadap parti itu yang didakwa melanggar perlembagaannya sendiri.

Bekas pengasas PPBM, Kamarulazman Habiburrahman berkata, penyerahan memorandum itu dilakukan susulan tiada sebarang tindakan yang diambil RoS terhadap parti itu, sungguhpun selepas lebih 400 aduan dibuat kepada jabatan berkenaan. 
"Sebenarnya kami telah memberi banyak masa kepada RoS untuk meneliti laporan-laporan yang telah kami kemukakan di atas salah laku atau pelanggaran fasal-fasal dalam perlembagaan yang telah dikemukakan sendiri oleh PPBM.
"Janganlah kerana PPBM ini diketuai oleh Tun Dr Mahathir maka keistimewaan yang begitu besar diberikan kepada parti ini untuk melanggar sahaja perlembagaan yang telah ditetapkan.
"Ini merupakan satu ketidakadilan yang sangat besar yang mana kami hari ini turun menyatakan pandangan kami bahawa kami tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku dan apa yang terus berlaku dalam PPBM.
"Kami datang hari ini ingin meminta supaya RoS jangan lagi memberi keistimewaan kepada PPBM," katanya kepada media sebentar tadi.
RoS sebelum ini dikatakan telah menerima 430 aduan daripada ahli dan bekas pemimpin PPBM yang tidak berpuas hati dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti itu yang diaggap tidak sah dan melanggar perlembagaan parti.

Untuk rekod, PPBM pada 30 Disember tahun lalu mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin akar umbi tampil mendakwa kononnya AGM PPBM 'syok sendiri' berikutan memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping