Rabu, Februari 21, 2018

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dijangka bakal lari dari Parlimen Lembah Pantai dan bertanding di kerusi Parlimen Pandan menggantikan Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Sumber memberitahu bahawa Parlimen Lembah Pantai yang bakal dikosongkan oleh Si Nurul Izzah akan diganti dengan muka baharu, Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi PKR.
“Pada awalnya, Nurul Izzah sepatutnya dihantar ke Parlimen Permatang Pauh untuk mempertahankan kerusi tradisi ayahnya, Anwar Ibrahim dan penyandang kerusi Dr Wan Azizah Wan Ismail dibawa ke Selangor atau Kuala Lumpur.
“Akan tetapi selepas kajian dilakukan, kita dapati Nurul Izzah lebih sesuai bertanding di kerusi Parlimen bandar seperti Pandan dan Dr Wan Azizah kekal di Permatang Pauh,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.
Sebelum ini, terdengar juga khabar angin mengatakan kemungkinan Azmin atau Zuraidah Mak Lampir tu yang akan berpindah ke Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi untuk PRU yang akan datang.

Seorang lagi sumber mengesahkan PKR ada mempertimbangkan untuk meletakkan Nurul Izzah di Pandan kerana beliau dilihat paling sesuai untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi Rafizi pada PRU13 itu.
“Rafizi juga dikatakan tidak ada masalah sekiranya Nurul Izzah bertanding di Pandan. PKR masih membincangkan perkara ini dan akan diputuskan tidak lama lagi.
“Disebabkan Pandan boleh dianggap sebagai kerusi selamat, Nurul Izzah boleh meluangkan masa ke Lembah Pantai bagi membantu Fahmi dan calon-calon lain di seluruh negara,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.
Sumber itu juga turut menambah, sejak akhir-akhir ini, Nurul Izzah sering membawa Fahmi ke setiap programnya di Lembah Pantai dan ianya kelihatan seperti Nurul Izzah mahu memperkenalkan Fahmi sebagai calon kepada pengundi dikawasan tersebut!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping