Isnin, Februari 26, 2018

Terasa heran juga bila membaca luahan rasa kecewa Tun Mahathir ni mengenai penggunaan logo Pakatan Haprak tu tidak dapat digunakan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Tun Mahathir mendakwa, jika Pakatan Haprak tu guna logo sendiri, ianya akan menyebabkan rakyat menjadi keliru dan semua itu disengaja diatur oleh YAB Perdana Menteri.
"Kami dalam keadaan tidak pasti kerana tidak tahu sama ada akan bertanding dalam PRU ke-14 atas tiket HARAPAN (PH) atau parti secara sendiri.
"Tentulah jika kita bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru. Sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN (PH)," kata bekas perdana menteri itu.
IRONIKnya, sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu bertanding guna logo diorang sendiri jugak. Tapi takde pulak sebarang isu dibangkitkan. Kenapa kali ni, Tun Mahathir meroyan tak tentu arah?

Kot kalau parti Politik dikalangan puak Pakatan Haprak tu guna logo sendiri, tak pernah pulak menjadi masalah sebelum Tun Mahathir masuk menyertai gabungan pembangkang tu.

Takde pulak timbul sebarang kekeliruan dikalangan rakyat seperti mana yang didakwa oleh Tun Mahathir. Dan tak pernah pulak diorang buat tuduhan yang bukan - bukan terhadap Kerajaan.

Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu menunjukkan yang dia sorang je berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat menggunakan logo Pakatan.

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu mengakui bahawa kemungkinan Pakatan tidak dapat menggunakan logo yang sama adalah disebabkan kelemahan dan kegagalan diri dia sendiri. Siapa suruh parti dibawah kepimpinan dia buat masalah. Sekarang, tak payah la dia meroyan nak mintak simpati pulak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Saja nak buat alasan sbb dah rasa nak kalah pru.

    BalasPadam
  2. Dia dah nyanyuk tu.. Nak buat macam mana... 😂

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping