Isnin, Mac 12, 2018

Jika PPBM dibubar dan bergabung dengan PKR untuk membentuk parti Melayu terkuat dalam Pakatan pada PRU14, ia adalah kemungkinan yang amat 'menarik', kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff. 

Namun jika dua parti itu benar-  benar bergabung, ahli dan pemimpinnya perlu berdepan dengan senarai 'Pro dan Kontra' yang sangat panjang, kata Kamarul.

Lebih menarik katanya, gabungan itu akan menyaksikan paduan kuasa antara Tun Mahathir dengan Musuhnya, Anwar Ibrahim, yang akan dibebaskan daripada hukuman penjara pada Jun depan.
"Pronya (gabungan itu) akan menampakkan satu gabungan yang sangat kuat antara Tun Mahathir dan Anuar Ibrahim, namun dalam masa yang sama agak sukar bagi sesetengah pihak untuk menerima Tun Dr Mahathir," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Kemungkinan itu timbul ekoran kegagalan PPBM untuk memenuhi tuntutan RoS dan sedang berhadapan penggantungan kerana didakwa telah melanggar perlembagaan parti.

Umum mengetahui bahawa PKR ditubuhkan atas penentangan penyokong Si Ketua Penipu tu terhadap pemerintahan Tun Mahathir yang memecat Ketua Umum parti itu dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dasar perjuangan PKR adalah untuk menentang kezaliman dan kekejaman serta amalan kronisme Tun Mahathir yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malah PKR juga turut melabelkan Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator dan diberi gelaran 'Mahazalim' serta 'Mahafiraun'. Sehingga ke hari ini, masih ramai pengikut PKR yang enggan menerima kepimpinan Tun Mahathir.

Maka, sudah pasti ianya akan menjadi satu perkara yang menarik sekiranya Tun Mahathir sanggup membubarkan partinya dan bergabung dengan PKR pimpinan keluarga Si Ketua Penipu tu.

Secara tidak lansung, tindakan itu membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu telah berjaya membuat Tun Mahathir mengakui dakwaan yang dilemparkan oleh puak PKR terhadap dirinya selama hari ini!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping