Rabu, Mac 07, 2018

Pengerusi PAN Kedah dilihat ragu - ragu ketika mengulas tentang spekulasi PAN Pokok Sena yang menolak nama Mahfuz Omar untuk dijadikan calon pada PRU ke 14 yang akan datang.

Sebaliknya dia menyatakan bahawa PAN Kedah ketika ini masih lagi dalam proses menyenarai pendek nama calon untuk dihantar ke Majlis Presiden Pakatan bagi mendapatkan persetujuan mereka.

Malah Pengerusi PAN Kedah itu memberikan alasan bahawa adalah tidak menjadi kesalahan untuk mencalonkan mana - mana individu sekiranya mereka layak bertanding dikawasan tersebut. 
"Pihak Amanah Negeri tidak menolak siapa-siapa untuk menjadi calon. Apatah lagi kalau dia seorang yang berwibawa, orang lama, orang yang telah dikenali di peringkat nasional. Kenapa orang macam ini ditolak? Jadi gambaran saya macam itulah," ujarnya. 
Namun ketika ditanya sejauh mana kebenaran berhubung kedudukan Mahfuz sama ada dia akan menyertai PAN ataupun tidak, Pengerusi PAN Kedah itu tetap enggan mengulas lanjut.

Mahfuz pada ketika ini menjadi Ahli Parlimen Bebas susulan tiada kenyataan rasmi daripadanya berhubung penyertaan dalam mana - mana parti gabungan Pakatan Haprak itu. 

PAN Pokok Sena didakwa menolak nama Mahfuz jika dipilih sebagai calon pada PRU14. Mengulas isu penolakan tersebut, PAN Kedah menyifatkan berita itu boleh datang daripada pelbagai sumber. 
"(Kawasan) Pokok Sena pun macam-macamlah, ada orang suka Mahfuz, ada yang tidak suka Mahfuz.
"Jadi kalau dipetik daripada sumber yang tak suka Mahfuz, maka macam itula ceritanya, tapi kalau dipetik dari sumber yang lain, mungkin beritanya lain," katanya.
Sebagai rekod, Mahfuz akhirnya mengambil tindakan keluar dari PAS awal tahun ini setelah berulang kali mengkhianati parti itu dengan mengkritik pucuk pimpinan yang diterajui oleh Hadi Awang secara terbuka diatas pentas ceramah Pakatan yang dianggap Musuh PAS!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. knp kalau pemimpin pembangkang jwb soalan wartawan mcm cibai..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping