Rabu, Mac 07, 2018

Pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin sekali lagi tampil di pejabat SPRM Selangor bagi menyerahkan bukti tambahan berkaitan isu pampasan untuk peneroka tanah di Ijok, Selangor.

Si Chagubard itu menggesa agar pihak SPRM untuk segera mengambil tindakan terhadap Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin Azmin Ali kerana didakwa terlibat dalam beberapa skandal rasuah.

Sebelum ini, Si Chagubard tu juga pernah menyerahkan dokumen setebal 300 muka surat berkaitan kontroversi yang sama kepada pihak SPRM pada bulan Ogos tahun lalu. Namun dia hairan kerana SPRM tidak melakukan siasatan.

Malah Si Chagubard tu sebelum ini juga sudah beberapa kali tampil memberi bukti dan dokumen kepada SPRM mengenai skandal rasuah yang melibatkan kerajaan negeri Selangor.
"Apa sudah jadi dengan kes penukaran status tanah Paya Indah sehingga mengorbankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara menjadi kawasan pebangunan yang mana saya buktikan wujud peranan proksi Azmin Ali dalam melobi perkara tersebut bagi pihak syarikat pemaju?
"Apa dah jadi dengan serbuan dan dokumen bukti kes berkaitan Jana Niaga-Unisel dan MBI? Apa sudah jadi dengan skandal tanah Sg. Yu yang mana bukan sahaja diperolehi oleh penyokong Azmin tidak layak mana antara senarai penerima ialah individu yang tak wujud dan diberi kepada no KP palsu?
"Apa sudah jadi dengan kes anak buah Azmin yang ditahan bersama jutaan ringgit? Kenapa tiba-tiba SPRM lembab?", soal beliau.
Skandal tanah seluas 880 hektar itu telah dibeli oleh dua buah syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada tahun 1998. 

Namun selepas itu, ia dirampas ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar pada 2009 selepas pemaju dilantik peneroka selaku pemilik tanah, gagal memajukan kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun, selepas Rejim Pakatan Selangor dirampas oleh Azmin Ali, dia menyerahkan tanah tersebut kepada dua syarikat pemaju terbabit. Dua pemaju itu kemudiannya menjual tanah itu dengan harga RM1.18 bilion kepada pihak ketiga. 

Selain itu, Si Chagubard turut menggesa SPRM menyiasat Pengarah Syarikat LBCN Developement Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang juga merupakan penyokong kuat Tun Mahathir kerana mempunyai hubungan dalam transaksi pembelian tanah itu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping