Isnin, April 02, 2018

Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan logo PKR sebagai lambang rasmi gagasan pembangkang itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 


Sumber PKR memaklumkan kepada Antarapos, konsensus penggunaan logo PKR dicapai atas dasar realiti politik iaitu, PKR antara parti 'senior' dalam gagasan pembangkang itu. 


"Nampaknya, lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) diterima untuk dijadikan simbol, 'common logo'. Jadi kita bagi, berdepan sahajalah, lagi pun parti kita (PKR) antara yang senior. Saya rasa amat wajarlah menggunakan logo tersebut kerana kita telah ada dalam medan agak (lama) 20 tahun," katanya kepada Antarapos. 


Pada 27 Februari lalu, Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, pembangkang akan menggunakan lambang salah sebuah parti komponen ekoran Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sehingga kini tidak meluluskan pendaftaran gagasan itu.


RoS memaklumkan pada 23 Mac lalu, pendaftaran PH gagal diproses ekoran berpunca daripada PPBM yang masih belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diminta mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.


Sumber yang juga pimpinan tertinggi parti reformasi itu menjelaskan, logo PKR digunakan sebagai logo tunggal PH diyakini memandangkan parti itu sudah dikenali sebahagian besar masyarakat.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping