Nampak gayanya, puak Pakatan Haprak tu terpaksa mengakui secara terbuka kebodohan dan kedangkalan pemikiran mereka menabur janji Pilihan Raya Umum yang dibuat sebelum ini.
Kalau sebelum ini, bukan main lagi puak Pakatan Haprak tu sibuk mendesak Kerajaan agar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Malah, ianya termasuk dalam manifesto mereka.
Tapi kali ini, puak Pakatan Haprak tu berjaya dimalukan oleh bekas Perdana Menteri yang selama ini dituduh sebagai Diktator apabila dia menyatakan bahawa pendidikan percuma Pakatan itu tidak relevan.
Tun Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Haprak itu menjelaskan bahawa Pakatan Haprak tidak akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat seperti yang dilakukan sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun itu mendakwa, majoriti pelajar yang diberikan pendidikan percuma itu tidak akan rajin belajar kerana menganggap ianya tidak penting.
Bahkan, Tun Mahathir juga turut membuat dakwaan dan mengumpamakan janji pendidikan percuma yang ditawarkan dalam manifesto Pakatan Haprak dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini sama dengan 'Sampah'!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.