Secara umumnya, ramai yang mengetahui bahawa Ahli Parlimen Bentong ini sedang menghadapi kes saman fitnah yang difailkan oleh syarikat Lynas. Dan keputusan kes itu masih lagi tertangguh.
Rakyat sedang melihat, sejauh mana Rejim Pakatan yang baru ini mahu menegakkan undang - undang berlandaskan "Rule of Law" seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini.
Jika dilihat dari apa yang berlaku sejak dua tiga hari lepas, seolah - olah 'Rule of Law' yang disebut - sebut itu hanya sekadar dibibir sahaja. Terlalu banyak pelanggaran undang - undang sedang berlaku.
Sebagai contoh, kenapa secara tiba - tiba LTAT menarik semula saman fitnah yang telah difailkan sebelum ini terhadap Rafizi sedangkan kes tersebut masih lagi dalam proses perbicaraan?
Adakah wujud unsur 'Tangan Ghaib' disebalik penguguran kes tersebut oleh mana - mana pihak bagi memberi ruang kepada Rafizi untuk terus menutup mulutnya dari mengkritik Rejim pemerintah yang baru?
Maka diatas persoalan itu timbulnya rasa skeptikal terhadap tuntutan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bentong ini agar diwujudkan satu Suruhanjaya untuk mengambil tindakan terhadap Lynas.
Pendapat secara umum menyatakan bahawa kemungkinan desakan itu dibuat untuk memberi tekanan kepada Lynas agar menarik balik saman yang telah difailkan sebelum ini. Persoalannya, adakah itu tujuan tuntutan itu dibuat???
#SekadarBertanya
Mungkin tgn ghaib ada beri syarat supaya rafizi diam atau hadapi mahkamah..
BalasPadamAtau tgn ghaib bole bantu dia utk minta ltat tarik saman ni?