Itu satu persoalan yang kini menjadi igauan buat Rejim Pakatan. Walaupun sebelum ini mereka umum perlaksanaan GST akan tetapkan pada kadar 0%, namun itu bukan satu jaminan buat rakyat.
Nak pulak apabila mereka kata sistem cukai Negara akan dikembalikan kepada sistem SST seperti yang pernah diguna-pakai sebelum ini. Itu pun belum tentu harga barang akan diturunkan.
Sebaliknya, ada yang berpendapat, kemungkinan besar harga barang akan terus melonjak naik sebanyak 10% sekiranya benar perlaksanaan sistem cukai SST itu dikuat-kuasakan kelak.
Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila syarikat permotoran di Malaysia menghentikan seketika penjualan kereta mereka sementara menunggu perlaksanaan cukai baru.
Kata mereka, kemungkinan besar harga kereta yang dijual pada harga sewaktu perlaksanaan GST akan melonjak naik ekoran sistem percukaian baru yang bakal dilaksanakan.
Jika kita lihat semula tuntutan Rejim Pakatan Baru itu sebelum ini, mereka mendesak agar Kerajaan terdahulu memansuhkan GST yang didakwa menjadi punca peningkatan kos sara hidup.
Sedangkan hakikatnya, bukan sebab GST itu yang menjadi punca harga barang naik. Malah sewaktu zaman sistem cukai SST dulu pun, harga barang naik juga. Maka, keputusan Rejim Pakatan nak hapuskan GST bukan jaminan kos sara hidup rakyat akan menurun!!!
kenapa PH termasuk PM dan BNM , Council Elder macam tak faham...
BalasPadam1st jun nanti aku akan pergi ke gerai mamak order roti canai dan kopi, tengok harga ada kurang kah. He..he..he.. HARGA TURUN konon.
BalasPadamBARANG HARGA GST INCLUDED. lEPAS NI KURANG 6 PERATUS TAK ?
BalasPadamsubsidi minyak, siapa untung besar, bawa basikal = 0, motosikal ?, kereta kecil ?, kereta besar ?. 1 kereta ?, banyak kereta/lori ? Sapa yg perlu subsidi minyak, orang kaya? Makin kaya makin banyak subsidi dia dapat hanya dari subsidi minyak.
BalasPadamLepas ni akan ada SST, mana nak cekau duit kalau takde cukai. Dan SST ni menguntungkan peniaga tamak sebab harfa barang akan dilipatgandakan sebelum dikenakan SST 10%. So ini yang sebenarnya diperjuangkan oleh PH, untuk kroni kroni mereka jua...rakyat kena tipu lagi..muahaha
BalasPadamMohon sangat2 BN adakan mcm 'Malaysiakini' utk ahli BN mdpt maklumat terkini...
BalasPadamMungkin sebulan dua rakyat akan dapat rasa penurunan harga barangan kerana kerajaan konon tunaikan janji moneypesto. Tapi, di kemudian nanti, akan makin terbeban dgn bermacam kos lain. Pi mai pi mai tang tu. Bodohnya siapa yg memangkah P.Haprakpan ni.
BalasPadamBagus orang muda.nak nak orang muda melayu..kos idup naik sbb byk Kali keluar masuk pusat karaoeke..byk duit abis beli rokok..lepak dkt restoran Dan kedai mamak..byk beli top up..byk modified moto dan kereta tak tentu pasal...baru keje beli kereta mhl..last last x mampu nak survive sbb suku gaji dah baya kereta..pastu pulak gaya hidup makan diluar .pagi petang siang mlm mkn di luar.last last marah kat kerajaan kos hidup tinggi..peniaga pulak manipulasi harga dgn alasan gst ..masa gst nilah jualan kereta dan moto meningkat sbb harga jadi murah..org muda sekarang senang kena temberang dgn kena tipu..janji hidup senang.
BalasPadamKredit bijak utk anda
PadamPAS/TGHH yg trbaik knp Xsuka lslam...
BalasPadam