Belum apa - apa lagi, aktivis yang Pro Rejim Pakatan ini sudah mula bersuara membantah perlantikan yang dibuat keatas Dr. Mazlee Malik bagi jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Aktivis yang lantang bersuara memperjuangkan agenda Liberal bersama dengan Marina Mahathir ini tampil mempertikaikan perlantikan tersebut kerana didakwa akan merosakkan pendidikan Malaysia.
Antara lain, aktivis Pro LGBT itu mendakwa Dr. Mazlee sebagai seorang pejuang Islam Progresif yang pernah muncul mempertahankan kedudukan Dr. Zakir Naik di Malaysia sebelum ini.
Malah, Siti Kasim juga turut mempersoalkan arah tuju pendidikan yang bakal dibawa oleh Dr. Mazlee yang didakwa akan menyebabkan lebih banyak doktrinisasi Islam dalam sistem Pendidikan.
Tidak cukup setakat itu sahaja. Siti Kasim turut membuat petisyen bantahan secara atas talian (Online) kepada Rejim Pakatan agar jawatan Menteri Pendidikan itu diberikan kepada orang lain.
Dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh aktivis Pro Rejim Pakatan ini membuktikan bahawa mereka cuba menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Liberal dan tidak mengutamakan Islam.
Persoalannya, apa tindakan yang akan dilakukan oleh Rejim Pakatan baru terhadap kumpulan pejuang agenda Liberalisme yang lantang mempertikaikan Islam secara terbuka ini? Adakah mereka akan terus dibiarkan begitu sahaja atas dasar demokrasi???
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.