Khamis, April 25, 2019

Penafian Salahuddin Ayub bahawa menteri-menteri kerajaan PH lemah hanya persepsi, boleh dianggap sebagai Cuma menutup kelemahan sendiri.

Malah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menganggap ‘persepsi’ tersebut hanyalah dari orang luar tanpa data, kajian sahih dan tiada kajian emperikal.

Kenyataan Salahuddin dipetik akhbar Sinar Harian di bawah kolum Menjelang Setahun Kerajaan PH.

Apa yang hendak dikatakan persepsi orang luar sedangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa beliau tidak berpuas hati dengan barisan kabinetnya.

Bahkan, mantan Naib Presiden PKR yang juga puteri Presiden PKR Nurul Izzah sendiri meletakkan jawatan daripada PAC kerana kecewa dengan prestasi menteri-menteri.

Tambah menakjubkan, Mahathir sendiri selepas itu menyetujui bahawa kelemahan para menterinya memang benar.

Satu lagi, Salahuddin mungkin sudah duduk di atas tidak menyedari situasi rakyat di bawah. Paling senang,beliau sendiri sepatutnya memasang ejen tanpa perlu protokol menyelami kehidupan rakyat bawahan di mana nasib mereka sekarang sejak berkerajaan baharu setahun lalu.

Tidak ada salahnya mendengar keluhan dan rungutan petani, yang kebetulan di bawah jaga kementeriannya, yang kebetulan meliputi masyarakat Melayu dan bumiputeri teramai.

Salahuddin yang dulunya bergelumang dengan politik Islam sudah tentu pernah dengan kisah Sayidina Umar AlKhatab yang keluar malam memeriksa, menyantuni serta mendengar sendiri rintihan rakyat bawahannya.

Dengan hasil komiditi yang terendah berbanding kos sara hidup yang terlampau tinggi di hadapi rakyat khususnya petani yang rata-ratanya orang Melayu, apa pelan penyelesaiannya? Apa tindakan kerajaan bagi mnegeluarkan para petani daripada putaran ganas kemiskinan?
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Ye lah nanti makin lama makin banyak kebusukan/kelemahan/kelembikan menteri-menteri PH akan diketahui oleh rakyat umum dan it's just matter of time bila keburukan dan kelemahan al ayubbi ni akan di terdedah... tunggu... heh heh heh memang patut lah dia takut sangat

    BalasPadam
  2. Yg tak perform tu termasuklah emak Nurul Izzah sendiri, mcm hampas makan gaji buta, tak pernah buat decision satu bende pun...

    BalasPadam
  3. Salehudin lupa yang mereka menang pru14 dulu kerana persepsi semata2. Dengan menabur fitnah dan pembohongan rakyat terutama orang Melayu tertipu bulat2 mempercayai fitnah Rafizi, Mat Sapu, Khalid dan lain2. Sekarang bila rakyat sedar mereka sudah dikencing, dan melihat betapa tak bergunanya menteri2 Pakatan Hancing ini, mainan persepsi tersebut sudak berpatah terhadap mereka yang memulakan, tapi apa yang dilemparkan oleh natizen bukan andaian bahkan ada bukti2 nyata sebagai asas.

    BalasPadam
  4. Penjilat umno gila ..amin ya aĺlah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping