Isnin, Februari 17, 2020

Anwar Hanya Layak Jadi Beruk Dalam Pakatan

Jawatan PM pernah tercicir daripada tangannya meskipun hanya selangkah lagi daripada jawatan itu ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri pada 1990-an. Beliau dipenjarakan atas tuduhan salahlaku seksual.

Anwar tercicir lagi jawatan PM pada 2013 ketika mengetuai Pakatan Rakyat. Pakatan pembangkang ketika itu hampir menewaskan BN. Waktu itu, beliau adalah ketua pembangkang.

Ketika Pakatan Harapan berjaya menewaskan Barisan Nasional pada 2018, jawatan PM tercicir lagi daripada tangan Anwar kerana beliau masih dalam penjara, sekali lagi kerana salahlaku seksual. Kali ini, beliau menerima pengampunan selepas PH menawan Putrajaya.

Cuma yang tidak sangka, situasi Anwar kembali ke zaman 1990-an apabila jawatan PM kembali ke tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kini, Anwar berpeluang lagi menjadi PM. Beliau hanya perlu menunggu persaraan Mahathir. Manifesto PH cukup manis baginya kerana ia menyatakan gilirannya menjadi PM adalah selepas Mahathir.

Bezanya kali ini, beliau bukan sebahagian daripada kabinet Mahathir mahupun timbalan bekas bosnya. Beliau hanyalah presiden PKR.

Apakah Anwar akan tercicir lagi jawatan PM kali ini? Inilah persoalan yang sedang mengugat emosi dan suhu politik negara melebihi Covid-19.

Jadi apakah yang berada antara Anwar dan jawatan PM yang diimpikannya selama ini?
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Setuju dgn admin. Lagipun,,pesalah liwat, gila kuasa, kaki putar belit, manusia ego,,,elok sangat dimainkan2 oleh mahathir. Sekalipun saya sangat benci kpd mahathir,,mahathir penyamun wang negara, tapi biar dia pedajalkan pesalah liwat ni. Manusia dua ekor ini penyebab segala masalah kpd negara hampir 35 tahun...oh ya,,terima kasih semuthitam kerana kembali aktif...tahniah. mari sama kita terajang ph cina dap dari putrajaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping