Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Adalah satu perkara tidak menjadi persoalan sama ada beliau bangga atau tidak dengan menjadi bangsa Melayu. Itu hak peribadi dan pandangan beliau. Walaupun Nik Aziz menyatakan beliau tidak bangga menjadi Melayu kerana bangsa datang secara automatik.
Semut tidak menyangkal bahawa tidak ada bangsa yang lebih didalam dunia ini malah termasuklah mereka yang datang dari susur galur berbangsa Arab sekali pun. Jika berhadapan dengan Allah S.W.T kelak, yang dinilai adalah Iman dan Taqwa kepada Yang Maha Pencipta. Dan jika bangsa arab itu juga tidak beriman kepada Allah, mereka juga tidak ada bezanya dengan yang lain. Demikian yang dijelaskan dalam Surah Al - Quraish.
Yang perlu menjadi keutamaan adalah dakwah kepada manusia. Perkara ini pernah semut kemukakan dahulu. Tidak seperti bangsa Arab, Melayu di Malaysia ini, jika mereka melahirkan anak, sudah pasti akan dilaungkan azan ke telinga bayi tersebut. Maka secara lahiriahnya, Melayu di Malaysia ini majoritinya beragama Islam.
Perkara yang penting dalam pembesaran seseorang anak Melayu itu biasanya berlandaskan Islam. Apabila tiba umur yang sesuai, mereka dikhatankan dan diajar untuk mengerjakan solat. Belum pernah lagi Semut dengar ada ibubapa Melayu yang tidak menghantar anak mereka mengaji Al - Qur'an walau bagaimana daif sekali pun mereka. Dan bagi pelajar Melayu juga, Subjek Agama Islam adalah diwajibkan ke atas mereka disekolah - sekolah.
Maka, tidak salah jika dikatakan bahawa Melayu itu Islam di Malaysia ini. Islam itu juga datang secara automatik apabila mereka dilahirkan berbangsa Melayu di Malaysia ini. Hanya apabila mereka sudah dewasa, kehidupan Islam itu terpulang kepada mereka. Sama ada mahu mengikut syariat atau tidak berdasarkan tahap keimanan mereka kepada Allah S.W.T. Tanggungjawab itu sebenarnya berada di tangan ibubapa dan masyarakat sekeliling.
Yang menyedihkan hari ini, PAS hanya berdakwah kepada orang - orang yang mereka suka sahaja dan bukan kepada masyarakat Umum. Mereka hanya menjalankan dakwah sama ada di Markas atau di Masjid mereka sahaja. Dan kebanyakan ceramah mereka pula hanya mengutuk orang lain, terutamanya UMNO. Bukan dengan cara memberi nasihat.
Oleh sebab itu, perjuangan mereka dalam menegakkan Syiar Islam dilihat gagal dilaksanakan dengan sempurna. Lihat kepada Sirah Rasulullah S.A.W dan kaedah yang digunakan Baginda sewaktu awal penyebaran agama Islam. Rasulullah S.A.W keluar ke pasar Mekah hampir setiap hari menyeru agar bangsanya menyembah Allah S.W.T. Malah Baginda juga tidak memandang kepada bangsa yang ada di Mekah pada ketika itu.
Dan ketika peluasan Empayar Islam dizaman Khalifah Abu Bakar As - Siddiq dan Umar Al - Khattab, penyebaran dakwah juga tidak memilih tempat dan bukan statik di Masjid sahaja. Tidak pernah pula kita dengar atau baca dalam mana - mana buku yang menyatakan dakwah mereka perlu mengutuk orang lain malah kaum Yahudi sekali pun.
Kenapa hari ini PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam tidak melakukan perkara yang sama? Kenapa perlunya dalam setiap ceramah yang dianjurkan PAS perlu menyebut dan menyalahkan UMNO atau mana - mana pemimpinnya? Adakah dengan cara ini dakwah Islam itu akan berjaya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Saranan Semut kepada Tok Guru, dakwah lah kepada seluruh Ahli DHPP yang terdiri daripada golongan bukan Islam itu dahulu. Lepas berjaya mereka memeluk Islam, baru lah nak pertikai orang lain.
Semut nak juga pergi ke Ceramah PAS yang berkisarkan ilmu Fardu Ain dan Fadu Khifayah tanpa mendengar sedikit pun kutukan terhadap si fulan atau si fulan.
BalasPadamTeringat lagi kelas - kelas yang diadakan oleh Ustaz Ismail Kamus, Dr. Hassan Ali, Harun Din dan sebagainya dahulu.
Jauh berbeza dengan ceramah PAS hari ini.
Dulu PAS tak pandai main saham...
BalasPadamSekarang PAS sudah pandai semuanya.... Hinggakan mereka telah menubuhkan SAHAM AKHIRAT.....
Parti Amanat Songsang