Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pelik juga la dengan perangai puak - puak pembangkang ni. Dulu bangga sangat dengan Lim Guan Eng sebab dia nak ikut jejak langkah Khalifah Umar Abdul Aziz. Bila ditanya beliau kenapa tak masuk Islam, katanya sebab bapa beliau. Malah Tok Guru sendiri kata Lim Guan Eng dah faham mengenai Islam.
Mereka doakan pulak agar dibuka pintu hati si Ketua Menteri itu untuk masuk Islam. Pada hal dia dah cakap, dia nak masuk Islam pun tunggu bapak dia mati dulu. Dia masuk Islam pun bukan kerana Allah S.W.T tapi sebab takutkan bapaknya.
Hari ini, Dr Lo'Lo baru nak bagi nasihat buat Ketua menteri tu. Yang hairannya, dah dua tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, baru ini nak bagi nasihat? Bukankah perkara itu sepatutnya menjadi perkara pokok yang harus mereka lakukan? Kata si Lim Guan Eng tu faham sangat pasal Islam. Takkan perkara seremeh ini pun dia tak tahu?
Secara tak sengajanya, Dr. Lo'lo telah memberi gambaran bahawa PAS gagal menjalankan aktiviti dakwahnya diluar dari Markas dan Masjid dengan kenyataan tersebut. Malah agenda nak mendakwahkan orang bukan Islam juga dilihat GAGAL. Jadi nak perjuangkan Islam kata mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.