...1Malaysia, Menjana Transformasi...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia hari ini, adalah wajar bagi anak - anak muda generasi baru ini memahami dan menhayati Pembentukan Negara 43 tahun yang lalu. Saranan daripada Ketua Puteri UMNO Malaysia itu wajar direnungkan bersama tidak kira sama ada mereka menyokong mana - mana parti politik sekali pun.
Teras pembentukan Negara adalah berdasarkan Perpaduan Kaum demi mencapai kesejahteraan hidup. Bayangkan diri kita yang sudah hampir 500 tahun dijajah oleh pendatang asing kini berpeluang menikmati keamanan dan kebebasan dalam kehidupan seharian. Maka adalah wajar kita memanjatkan rasa Syukur kepada Allah S.W.T diatas nikmat yang diberikanNya.
Perpaduan kaum inilah yang turut membentuk Negara Islam Pertama sewaktu zaman Rasulullah S.A.W dahulu. Perkara pokok yang difikirkan oleh Baginda S.A.W sebelum membuat sebarang keputusan untuk berhijrah bersama - sama Umat Islam ke Yathrib adalah untuk menyelesaikan pergolakan suku kaum disana. Punca utama dalam perbalahan Kabilah Arab ini adalah penguasaan Yahudi terhadap kaum tersebut.
Semut penah mendengar satu siri ceramah dimana Baginda Rasulullah S.A.W telah menghantar seorang sahabatnya untuk membeli wadi di Yathrib sebelum berhijrah. Wadi atau perigi inilah kebanyakkannya menjadi punca utama perbalahan mereka. Ia di kawal oleh kaum Yahudi dengan harga yang tinggi seterusnya memegang kuasa di situ. Setelah dibelinya wadi tersebut, ianya diwakafkan untuk kegunaan masyarakat setempat.
Selain menyatukan bangsa Arab dibawah hidayah Islam, mneyelesaikan masalah seumpama ini juga turut menyumbang kepada pembentukan Negara Islam Madinah sehingga menjadi empayar terbesar didunia suatu ketika dahulu. Dengan wujudnya ikatan persaudaraan dan Ukhwah dikalangan masyarakat, maka tidak ada perkara yang tidak mustahil untuk dicapai. Dengan Izin Allah S.W.T.
Maka alasan - alasan remeh temeh seperti Bahasa, Perkauman dan sebagainya didakwa menjadi penghalang kepada pembangunan negara adalah tidak wajar. Sebaliknya, semangat cintakan Negara itu menjadi nadi utama bagi memastikan Negara Aman dan Makmur serta berdaya saing.
Semoga perkara ini menjadi renungan buat semua anak - anak muda yang berdarah panas agar mereka dapat berfikir sebelum membuat sebarang tindakan. Terutama dalam menyertai kancah politik negara. Renungkan dengan mata hati dengan penuh rasa Ketaqwaan dan Kesyukuran kepada Allah S.W.T.
Adakah mungkin mereka dapat menikmati kebebasan hari ini jika tidak kerana usaha orang - orang yang terdahulu dari mereka? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.