Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Walaupun kedua - dua parti ini mengalami kekalahan yang teruk dalam PRU ke 12 yang lalu, mereka masih tak sedarkan diri. Malah persengketaan dan persaingan mereka masih tidak dapat diselesaikan. Jadi apa hak mereka nak pertikaikan UMNO menjalinkan hubungan dengan Perkasa? Mana sakitnya mereka?
MCA dan Gerakan dikatakan masih tidak dapat mengenepikan perbezaan ideologi parti mereka. Malah spekulasi yang turut memburukkan imej mereka masih lagi belum dapat diselesaikan. Perbalahan mereka juga banyak mengenai perkara yang remeh temeh. Baca disini.
Semut pernah bersemuka dengan seorang Setiausaha Gerakan dan bertanya kepada beliau mengenai aktiviti Gerakan. Soalan mudah, bila Gerakan mahu buat Program dibalas dengan suara bernada tinggi. Katanya, "Buat apa Gerakan perlu buat program? UMNO la buat. UMNO bos apa. U buat program kita bagi duit jugak."
Itu jawapan yang diberikan oleh beliau. Malah beliau mempertikaikan soalan Semut itu sebagai alasan Politik semata - mata. Ingat semua orang boleh dibeli dengan duit ke? PM suruh ADUN turun padang la! Bukan duduk goyang kaki, tunggu orang lain buat program! Bukannya nak membantu, menyalahkan orang pulak.
Sedar la diri sikit. Menang pilihanraya dulu pun tipis nak tunjuk sombong lagi ke? Bukan ADUN yang nak tunjuk kuasa, Setiausaha pula yang lebih - lebih. Apa diorang ni tak nak menang pilihanraya lepas ni ke? Kalau dah semuanya UMNO sahaja yang buat, apa tugas mereka? Duduk makan angin? Baik UMNO yang bertanding kalau semuanya UMNO yang buat. Bercakap guna lutut agaknya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.