Selasa, September 14, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kadang - kadang Semut rasa kaum Shiin ini agak melampau juga. Bukan sahaja mereka mempertikaikan Melayu, malah sejak kebelakangan ini mereka suka menuntut perkara yang bukan - bukan. Sampai satu tahap, ianya mula menimbulkan rasa sangsi.

Semut berasal dari sebuah daerah yang komuniti Shiin ini menguasai ekonomi dan perdagangan. Jelas dapat dilihat apa bila mereka dalam Politik berpecah kepada beberapa pihak. tetapi dalam menuntut hak mereka dalam daerah tersebut, mereka bersatu padu. Malah dalam perniagaan juga begitu.

Maka apabila timbul perkara seperti UMNO dan Perkasa, kenapa pula mereka nak menyalak? Malah mereka kesal sekiranya UMNO mengambil keputusan mendampingi Perkasa. Mereka turut menegaskan bahawa UMNO bakal hilang sokongan dari pelbagai kaum jika terus dengan keputusan mendampingi Pertubuhan bukan Kerajaan itu. Nampak macam mengugut je.

Kenyataan dari Setiausaha Agung mereka itu menjadi tanda tanya. Ia turut dilihat seperti mempunyai agenda tersembunyi. Adakah beliau cuba untuk mengugut UMNO? Pernahkah UMNO mempertikaikan hubungan mereka dalam Dewan Perniagaan yang juga terdiri dari kalangan parti pembangkang?

Hakikat jelas menyatakan bahawa merekalah yang perlu bertanggungjawab. Mereka hilang beberapa kerusi dalam Pilihanraya Umum yang lalu sedangkan pada ketika itu Perkasa masih belum wujud. Itu hakikatnya. Jadi kenapa mereka mahu mempertikaikan hubungan UMNO dan Perkasa? Ianya tidak ada kena mengena lansung sebab mereka sudah hilang sokongan dari kalangan mereka terlebih dahulu. Adakah sekarang mereka mahu menolak sokongan orang Melayu pula?

Semut melihat hubungan diantara UMNO dan Perkasa ini adalah satu perkara yang baik. Ia bukan sahaja menguntungkan UMNO malah Barisan Nasional juga. Ianya satu jalinan hubungan yang baik. Lebih baik dari mencari musuh baru. Sepatutnya mereka menumpukan tugas mereka menarik lebih ramai sokongan pengundi dari kalangan mereka. Tetapi sebaliknya, apabila ditanya, kenapa mereka tidak membuat program mereka menunding jari ke arah UMNO? Adakah hanya UMNO sahaja yang perlu buat kerja? Apa pula fungsi mereka?

Biarlah ianya jadi ingatan kepada pemimpin UMNO. Jangan hanya syok sendiri. Mereka perlu menangani isu ini dengan segera dan menjelaskan secara rasional mengenainya. Jangan sebab kelemahan sendiri tak mampu nak disembunyi, maruah bangsa tergadai.

Pesanan Semut buat mereka pula, ingatlah bahawa yang banyak membantu mereka dalam PRU yang lalu datangnya dari kalangan orang Melayu. Bukan dari kalangan mereka sahaja. Perkara ini sudah jelas terbukti. Jangan sampai orang Melayu dikawasan mereka mula mempertikaikan tindakan mereka pula yang Semut pasti sudah banyak yang terpendam. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping