Jumaat, September 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut mendapat respon dari pembaca yang menyatakan betapa pentingnya sistem Pendidikan Agama dikaji semula di Sekolah - Sekolah. Berikut dipaparkan sebahagian dari pandangan tersebut yang Semut yakin beliau juga dikalang pendidik.

"...Nak lentur buluh biarlah dari rebung.....turun ke sekolah, tengok semula macam mana sistem pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dilaksanakan.... cukup ke masa belajar agama ....dari segi feqah, tauhid, muamalat, syariat.... kalau ada kekurangan , cari punca untuk mengatasinya ....buka dok melalak secara retorik je... barulah gejala sosial spt kes pembuangan bayi, hamil luar nikah, sumbang mahram tidak akan berlaku.."

Demikian yang dinyatakan oleh pembaca tersebut. Bagi Semut ada baik juga dilaksanakan perkara tersebut dari memansuhkan Peperiksaan UPSR dan PMR. Kerana melihatkan kadar masalah sosial di dalam Negara kini semakin meruncing adalah sewajarnya langkah yang lebih drastik dilaksanakan oleh pihak kementerian Pelajaran.

Sebelum ini, Semut pernah membuat saranan kepada beberapa orang rakan agar masa tambahan dikenakan kepada semua pelajar Islam dalam waktu sekolah. Peruntukkan lebih sejam untuk mereka mendalami ilmu Fardu Khifayah dan Fardu Ain. Perbanyakkan lagi program - program dakwah di sekolah yang turut melibatkan anak - anak muda ini.

Bukan sekadar retorik mengatakan berjuang demi agama tetapi hanya memberi ceramah di Masjid dan di sekitar Markas serta terhad kepada kalangan ahli semata - mata seperti sesetengah orang. Baru lah ianya memberi kesan yang lebih efektif. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Fikirkan juga masa depan anak bangsa terutama yang beragama Islam.

1 ulasan:

  1. menteri sendiri punya anak pemabuk.bapak lagi le ....so mana mereka faham bab agama.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping