Jumaat, September 17, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

TIndakan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengenai keadaan masyarakat Malaysia hari ini terus dibidas. Sebelum ini, LKY mempertikaikan tindakan Kerajaan Malaysia yang didakwa berlaku tidak adil dan menyisihkan kaum lain dalam New York Times dan disiarkan melalui Malaysian Insider. LKY juga turut menyatakan bahawa Malaysia akan bertambah lebih baik sekiranya tidak berpisah dengan Singapura dahulu.

Walaubagaimana pun, Tun Dr. Mahathir Mohamed telah menyifatkan tindakan LKY itu lansung tidak berasas. Beliau membidas kenyataan tersebut dengan menyatakan bahawa penyisihan kaum di Republik itu lebih teruk jika dibandingkan dengan Malaysia. Menurut beliau lagi, kaum minoriti tidak mendapat layanan yang sama daripada kaum majoriti oleh pihak Kerajaan Singapura. Beliau memberi pandangan tersebut dalam blog beliau hari ini yang bertajuk Malaysia According To LKY.

Jika benar LKY adil dalam layanannya terhadap mana - mana kaum di Singapura, kenapa Republik itu perlu melantik pihak Pembangkang dalam Parlimennya sendiri? Tidakkah ianya menjadi sesuatu yang menghairankan?

Malah ketika awal pembentukan Malaysia, perkara pertama yang dipersoalkan oleh LKY adalah mengenai Perlembagaan Negara yang berkenaan dengan kaum di Malaysia. Kenapa perlu beliau persoalkan perkara tersebut? Kata boleh hidup dalam komuniti pelbagai kaum.

Jelas bahawa LKY tidak layak mempertikaikan mengenai struktur masyarakat di Malaysia kerana beliau juga gagal menyelesaikan masalah di Negaranya sendiri. Nak persoal apa lagi? Dah keluar dari Malaysia, sudahla. Apa lagi yang beliau tidak puas hati? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Semut teringat kisah Tun M dan LKY semasa didalam Parlimen dahulu. Setiap kata - kata yang dikeluarkan oleh LKY akan disampuk oleh Tun sehingga LKY 'give-up' nak bercakap. Terus dilabelkan Tun sebagai 'Ultra Melayu'.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. mana nak cari pemimpin melayu yang macam TUN skrg...semua nya kelabu asap...nak jaga hati bangsa lain jer....hati melayu sapa nak jaga.....

    BalasPadam
  2. Bila orang luar memperlekehkan Malaysia, tidak ada seorangpun pemimpin negara ini yang tampil mempertahankannya!
    Kenapa biarkan seorang yang telah bersara tujuh tahun untuk menjalankan tugas tersebut?
    Atau apakah pemimpin sekarang memang bersetuju dengan 'perlekehan' ini?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping