Khamis, September 16, 2010


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebelum ni kecoh dengan khabar berita Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan konsert besar - besaran di Pulau Pinang. Siap ada sidang akhbar lagi. Malah si Ketua Menteri Pulau Pinang pun siap bersesi gambar dengan artis Nombor 1 Malaysia itu.

Sekali dalam laporan hari ini tak jadi pulak. Konsert tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan penyanyi tersebut membuat sebarang aktiviti selama menjalani rawatan. Pihak Siti telah memulangkan semula wang pendahuluan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 60,000.00. Malah, SNP juga terpaksa menanggung kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi konsert tersebut.

Wah, kata konsert anjuran Kerajaan Negeri. Pun Siti kena bayar jugak ke? Untung la kalau macam tu. Lepas ni boleh la anjurkan lagi konsert. Tapi last minit batal, lepas tu mintak ganti rugi. Naya artis Negara kalau macam tu.

Ingatkan konsert tersebut dibatalkan atas nasihat PAS ke apa. Maklumlah, kan puak - puak tu tak berapa suka sangat dengan hiburan ni. Kononnya menjadi punca Pergaulan Bebas yang menjurus ke arah maksiat macam konsert Jom Heboh TV3 tu la. Bukan ke Nasarudin Tantawi dah keluar kenyataan ke sebelum ini? Kenapa Khalifah DAP tu tak nak ikut? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Nasib baik tak buat konsert amal. Kalau tidak yang beramalnya Siti je la nampak gayanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping