Khamis, September 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mungkin ianya secara kebetulan atau disengajakan. Tindakan si Ketua Penipu itu hari ini boleh disamakan dengan tindakan yang diambil oleh Nik Aziz pada suatu ketika dahulu. Cuma senarionya sahaja yang berbeza.

Hari ini, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan dari mana - mana cabang PKR yang bakal bersidang Jumaat ini. Beliau kononnya mahu persaingan yang sihat dengan semua calon tidak menggunakan nama sebagai alat untuk berkempen. Kononnya beliau mahu semua calon mematuhi etika dan tidak mendakwa mendapat restu darinya. Kecuali Azmin Ali sebab Azmin buat sebelum beliau mengeluarkan kenyataan tersebut.

Tindakan Anwar itu jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Muafakat Kepimpinan PKR Selangor dan PKR Kedah yang mahukan beliau bertanding. Jelas beliau sudah membelakangkan dan mebelakangi keputusan yang dibuat secara beramai - ramai itu.

Pada tahun 1978, Nik Aziz juga turut membelakangkan keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS Pusat. Keputusan yang dibuat oleh Dewan tersebut memutuskan untuk tidak memecat Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Haji Mohd Nasir. Namun dalam Sidang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, beliau menyokong usul pemecatan Datuk Haji Mohd Nasir bersama - sama dengan Presiden PAS pada ketika itu, Datuk Haji Asri. (Sumber daripada Detik Mula Konfrantasi Nasri - Asri tulisan Lotfi Ismail).

Mungkin inilah ilmu yang diajar Tok Guru kepada Anwar Ibrahim iaitu membelakangi keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat untuk mengelakkan diri dari sebarang spekulasi. Persoalannya, kenapa beliau enggan bertanding jawatan tersebut? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping