Rabu, September 15, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Posting ini adalah kesinambungan dari posting yang lalu. Klik Sini. Masih mengenai peristiwa utama dalam pembentukan Malaysia. Sedikit sejarah mengenai penglibatan Singapura dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 buat tatap anak - anak muda Generasi baru.

Lee Kuan Yew merupakan orang yang kuat menyokong pembentukan Malaysia disebabkan populariti partinya kian merundum. ini disebabkan pengaruh komunis yang kuat mendapat sokongan dari rakyat Singapura pada ketika itu. Maka pada Ogos 1961, beliau telah bertemu dengan Tunku Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai perkara tersebut. Perjanjian yang dibuat termasuk memberi kebebasan kepada Singapura dalam dasar pendidikan, buruh, dan penguasaan atas sebahagian dari hasil Negeri.

Dua sebab mengapa LKY terdesak mahu bergabung dengan Tanah Melayu adalah untuk mendapatkan Kemerdekaan dari British dengan jalan yang mudah. Kedua beliau mahu mengambil kesempatan ke atas faedah dari segi ekonomi. Walaubagaimana pun, Singapura terkecuali dalam beberapa perkara termasuk sistem pendidikan, buruh, malah bahasa rasminya juga tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan. Undang - undang kerakyatan Singapura juga adalah lebih longgar dari Kerakyatan di Tanah Melayu.

Walapun diberi kebebasan sedemikian, LKY masih tidak berpuas hati. Dalam Pilihanraya tahun 1964, People's Action Party yang diketuai oleh LKY telah meletakkan calon - calonnya bertanding menentang MCA. PAP telah memenangi 13 kerusi Parlimen dan seterusnya menyeru agar hak Istimewa orang Melayu digugurkan. Ianya sama seperti apa yang diperjuangkan oleh DAP pada hari ini. Maka apabila dilihat perkara tersebut bakal mengugat keamanan dalam negara, Singapura dipisahkan dari Malaysia pada tahun 1965.

Satu perkara yang tidak dinyatakan dalam sejarah adalah tindakan LKY selepas disingkirkan dari Malaysia. Semua orang Melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu dikeluarkan dari Singapura kerana takut berlaku rusuhan. Ini termasuklah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tindakan seterusnya oleh LKY adalah menjemput Tentera Israel sebagai bantuan kepada pertahanan Negaranya.

Adalah tidak layak bagi LKY untuk mempersoalkan keadaan masyarakat majmuk di Negara ini. Sesungguhnya beliau hanya memperjuangkan kaumnya sahaja dan menolak kaum lain. Tujuan beliau adalah untuk menimbulkan kekacauan agar rakyat menolak kepimpinan Negara yang ditungjangi oleh orang - orang Melayu. Lihat sahaja mereka hari ini. berapa kerat sangat orang Melayu dalam Pentadbiran Negaranya jika mahu dibandingkan dengan Malaysia.

Oleh itu LKY sememangnya Tidak Layak mempertikaikan Malaysia kerana beliau sendiri gagal melaksanakan agenda Malaysia for Malaysian di Negara beliau sendiri. Dan hari ini, kita boleh lihat mereka lebih banyak memberi kerakyatan kepada orang Eropah terutamanya dari Israel menjadi warganegaranya.

Beruntunglah Malaysia hari ini kerana tidak terjerumus dalam kancah perkauman seperti LKY. Apa yang beliau laungkan hanya retorik semata - mata. Sama seperti DAP juga. Lihat dalam DAP. Walaupun ada bangsa lain, tetapi siapa yang lebih dominan? Adakah itu yang mereka katakan sebagai Persamaan Hak Bagi Semua? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping