Rabu, September 15, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

16 September mengamit dua peristiwa yang besar dalam Negara. Semut akan pecahkan peristiwa tersebut dalam dua posting yang berbeza. Kerana kedua - duanya peristiwa yang harus menjadi ingatan buat seluruh rakyat di Negara yang tercinta ini.

Penubuhan Malaysia yang bermula sejak tahun 1963 menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia bersatu di dalam sebuah negara yang Merdeka. Ini termasuk Singapura yang pada ketika itu bersetuju untuk menyertainya. Presidennya pada ketika itu, Lee Kuan Yew telah bertemu dengan Tunku Abdul Rahman dan berusaha untuk mendapatkan seramai mungkin sokongan rakyat Singapura dalam pembentukan Malaysia.

Namun sokongan Lee Kuan Yew itu hanya untuk mengambil kesempatan dalam kesempitan. Tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan kemerdekaan dari pihak British. Bukanlah kerana mereka mahu sangat nak bersatu dengan sebuah Kerajaan yang ditunjangkan oleh orang Melayu kerana pada tahun 1965, Singapura keluar dari Malaysia dan membina sebuah negara Republik seperti hari ini.

Walau bagaimanapun, setelah 47 tahun Malaysia terus berkembang maju dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Usah nafikan lagi bahawa keadaan yang aman damai serta harmoni ini adalah usaha pihak Kerajaan bagi mengekalkan kemakmurannya.

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, suku dan bangsa. Mereka hidup dalam Perpaduan Masyarakat yang berbilang bangsa ini. Ianya adalah saranan dari pihak Kerajaan sendiri. Namun sejak akhir - akhir ini, Perpaduan itu sering dicabar oleh orang - orang yang tidak bertanggungjawab.

Terutama dikalangan orang Melayu sendiri. Sebagai masyarakat majoriti di Negara ini, tindakan mereka itu Semut lihat sebagai satu langkah yang jahil dari segi pemikiran dan tidak mengikut syariat Islam. Usaha ke arah Perpaduan Ummah ditentang hebat oleh mereka yang bukan sahaja sama bangsa malah satu agama.

Dan yang paling ironik sekali apabila isu Perpaduan Ummah ini mendapat respon dari MCA. Mereka tidak mahu UMNO sebagai parti terbesar di negara mempunyai sebarang hubungan dengan PERKASA. Bukankah pembentukan Malaysia ini berteraskan Perpaduan kaum? Kenapa perpaduan kaum Melayu harus dihalang dan mendapat tentangan?

Perkara ini menjelaskan betapa ceteknya pemikiran sesetengah manusia dalam memahami sesuatu perkara. Keamanan yang diperolehi selama ini janganlah disia - siakan dek sebab kerakusan kuasa. Fikirkanlah tentang anak - anak bangsa dan rakyat di Negara ini. Bukan sekadar memenuhi agenda politik semata - mata. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping