Rabu, September 15, 2010

...Lagak Seorang Ketua Penipu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Barulah masuk peristiwa kedua yang paling bersejarah bagi Negara Malaysia ini. Tanggal 16 September ini juga mengingatkan kita kepada siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, si Ketua Penipu Rakyat Nombor 1 dalam Negara.

Setahun sudah berlalu, namun si Amamt Ada Bukti ini masih gagal dalam kerakusannya merampas Putrajaya. Kononnnya beliau sudah ada senarai Ahli Parlimen yang bakal menyokong beliau. Tapi sampai hari ini, jangan katakan semua, satu pun takde lagi. Kenapa takut nak mendedahkan kebenaran? Atau itu sekadar omongan kosong beliau sahaja?

Tindakan si Ketua Penipu ini mengingatkan Semut tentang nasib Umat Islam di Andalusia suatu ketika dahulu. Tatkala 1 April menjelang, perkara ini wajar dijadikan ingatan buat semua Muslimin di serata dunia. Sehari sebelum 1 April, penduduk Islam yang kalah di Andalusia dijanjikan 'Perjalanan Selamat' untuk keluar dari Negara tersebut. Sebaik sahaja mereka keluar dari pintu kota dan menaiki kapal, habis semuanya dibunuh oleh orang - orang Kristian. Sehingga kini, hari tersebut dikenang sebagai hari April Fool. Yang bodoh itu mereka gambarkan sebagai Umat Islam. Nauzubillah.

Demikian juga dengan tindakan si Ketua Penipu itu. Habis satu dunia ditipunya. Malah tidak ketinggalan media - media antarabangsa turut ditipunya. Jelas, inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim, Pemimpin yang kuat Menipu Rakyat.

Bagi Semut, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR tidak layak menjadi pemimpin. Malah parti yang mendokong beliau juga tidak layak menggunakan perkataan Keadilan Rakyat. Renungkan sejenak, Keadilan Rakyat apakah yang diperjuangkan oleh Anwar? Kenapa kes Liwatnya sahaja yang menjadi tumpuan? Kenapa tidak diperjuangkan juga kes - kes lain?

Selaku seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, adakah beliau layak menpersoalkan pihak Kerajaan? Sebelum 1998, sewaktu beliau masih lagi menjadi sebahagian dari Kerajaan, adakah Kerajaan pada ketika itu adil? Jika tidak, Kenapa beliau tidak memulakan Reformasi pada ketika itu? Sebaliknya, beliau mempertikaikan Kerajaan setelah beliau disingkirkan dari Jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini harus dijadikan soalan pokok buat mereka yang menyokong beliau.

Adakah benar beliau sekarang memperjuangkan Keadilan Rakyat dan bukan akibat dendam beliau terhadap UMNO atau Barisan kerana tidak dapat jadi Perdana Menteri? Kenapa selama 8 TAHUN menjadi Menteri Kewangan dan sebelumnya Menteri Pelajaran beliau tidak berjuang untuk rakyat? Kenapa beliau memansuhkan Bantuan Biasiswa Penuh untuk Melayu dan Bumiputera? Dan sekarang si Anak Kecilnya mahu mempersoalkan tindakan ayahnya sendiri?

RETORIK!!! Itu hanya mainan Anwar dan menjadi makanan harian beliau. Sewajarnya Parti Keadilan Rakyat ditukar kepada Parti Kelentong Rakyat kerana itulah gambaran sebenar Anwar Ibrahim dalam Perjuangannya. Sekali lagi Semut ulang, ANWAR TIDAK LAYAK mempertikaikan soal Keadilan kerana Keadilan hanya untuk beliau sahaja. Bukan untuk rakyat. Walllahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Sedarlah, Janagn terus terperdaya dengan omongan kosong si Ketua Penipu ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping